Sabtu, 7 Julai 2018

UMNO Masa Hadapan

Hiruk-pikuk kedengaran suara melaungkan perubahan total terhadap UMNO. Demi survival parti. Yup, mungkin ada banyak yang perlu diubah. Namun tidak semestinya semua. Mana yang baik seperti berjuang membela Islam, Melayu dan Tanah Air itu perlu dikekalkan. Namun dari sudut strategi propaganda, cybertrooper, corak serangan tehadap PH, program bersama masyarakat. Ini antara yang perlu diubah. UMNO perlu melantik panel yang benar-benar berkaliber untuk mengkaji dan mencatat segenap kelemahan UMNO. Lantas membentangkan cadangan solusi dan pendekatan yang perlu UMNO buat. Presiden dan semua ketua sayap perlu pastikan ianya dilaksanakan. Cara kerja seperti mengurus kementerian mungkin boleh diguna. Bukankah dulu Penjawat Awam punya system perkhidmatan agak bagus. Dari kaunter, perkhidmatan, layanan dan aduan. Sudut understanding terhadap kesukaran, kebajikan dan keperluan rakyat juga difahami dengan baik. Nah, kenapa gerak kerja UMNO tidak ke arah begitu? Jadikan Parti UMNO seperti sebuah parti kebajikan. Setiap musibah rakyat, akan ada petugas yang incharge. Baru ni kita menyambut aidilfitri. Sepatutnya open house perlu dibuat di setiap bahagian. Kalau katakan belanja tinggi. Buat sahaja cara orang miskin, cara tahlil atau gotong royong contohnya.

Ikutkan nak sembang lagi pasal pemimpin cawangan perlu juga berubah. Geranm memang geram. Sebaik kalah, semua menyunyi. Macam kalah bola. Tapi kita KIV dulu ye.

Cuma nak cakap. UMNO MASA HADAPAN. Lebih spesifik lagi. Wujudkah lagi pendokong UMNO dari kalangan orang muda?

Kalau tiada. Usahlah cerita pasal perubahan total UMNO.  Kalau benarpun dapat dibuat. 20-30 tahun lagi. Siapa yang sambung kerja buat tu? Kalau adapun. Adakah kualitinya setara dengan persekitaran ketika itu?

TARIK ORANG MUDA !!!!

Bukan semestinya buat program rentas desa atau gotong royong tepi pantai. yang akhirnya makin bertambah pula meluat student pada UMNO. Bila diorang kutip penat-penat. Pemimpin UMNO yang datang hanya kutip 1-2 sampah untuk sekadar lakonan Instagram. Kemudian chow dengan motor besar.

Maksud saya. Libatkan anak-anak muda ini dengan program UMNO. Biar mereka yang arrange. Orang tua-tua cukuplah hanya peserta. Libatkan remaja yang berkualiti sebagai fasilitator kepada junior yang baru, bagi program berbentuk brainwash. Jadikan mereka agen perkaderan UMNO. Berikan mereka peranan berkhidmat di Pust Khidmat Masyarakat DUN dan Parlimen. Beri peluang yang lebih untuk mereka gerakkan aktiviti UMNO. Adapun veteran yang berpengalaman, jadikan mereka sebagai pemantau dan penasihat.

Barulah orang muda ini akan rasa yang UMNO itu diri mereka. Secara tersusun. Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan bersungguh memperjuangkan UMNO.

Jadi point penting malam ini. BIAR ORANG MUDA GERAKKAN UMNO.

Namun jangan salah faham. Mereka tidakkan duduk di posisi presiden atau timbalan atau naib pengerusi. Tapi dioranglah yang hiaskan dewan mesyuarat Agong UMNO. Mereka yang order Catering. Mereka yang atur tentatif perhimpunan Agong UMNO. Baik di kawasan mahupun pusat. Mereka tukang jawab isu di laman sosial.

Nah percayalah. Mereka yang terlibat mengurus gerak kerja UMNO ini. Pastinya 80% lebih kuat sayang dan sokongannya kepada UMNO. Sebab merekakan rasa, UMNO itu sebahagian dari diri mereka.

Percayalah. Sehari demi sehari mereka akan kian matang. Dengan pengalaman yang mereka timba ketika muda itu, apabila meningkat dewasa, mereka akan memenuhi jawatan yang ditinggalkan oleh orang lama. Ketika itu kalian tak perlu lagi bimbang, kerana jumlah yang berkualiti ada ramai. UMNO sudah tidak lagi berdepan ketandusan pelapis baru. Bilangan penyokong dari kalangan remaja juga semakin padu.