Isnin, 17 Jun 2013

Di Mana Allah tempatkan Kamu?


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

"Awak.. Awak patut berterima kasih pada Akak,
Sebab akak tersilap letak nama awaklah.. Baru awak dapat masuk sini,
Awak tak kredit Bahasa Arab kan?"

Aku terpinga2 dengan kedatangan Akak tersebut,
Namun.. Kata2 Akak Pejabat itu ada benarnya,
Jika dikira syarat.. Awal2 Saya dah sangkut..


Sesi Temuduga
Aku ditemuduga oleh Seorang Ustaz,
Disuruh aku membaca Al-Quran.. Kemudiannya diminta aku menghafaz,
Alhamdulliah.. Aku diberi ayat yang aku sudah hafaz,
Muka surat kedua juz 3.. Ayat yang biasa aku ulang di dalam Mathurat,


Sesi Saringan
Kami berada seminggu di Maahad.. Dengan pelbagai tugasan,
Walaupun dari sudut hafazan mungkin aku kurang,
Namun "mungkin" kerana "pendekatan" terbaru maahad,
Aku berajaya di dalam saringan tersebut,

Pendekatan Karekteristik
Khusus ketika berdepan Adik2 di Al-Ihsan,
Juga paksaan berceramah oleh Senior2 semasa di Al-Attas...
Banyak kali berdebat ketika Program2 diluar.. & Eksco di Al-Ihsan,
Jadi bila nak ajak berdiskusi lagi.. Rasanya bukan masalah bagiku I'Allah,


Jadi bila nak berdebat
Soal "Contohi ***** pelajar Cemerlang ****"..
yang kemudian.. Tajuknya itu disambut sepi oleh Pelajar2 STASAB..
Bila Penumudunga ini membawa tajuk ini ke STASAB..
Penumuduga itu rasa tidak puas hati,

Kemudian.. Aku pun:... Pot pet2... Menyokong pelajar STASAB
(Macam tengah berhujah dengan adik2 kat Ihsan pula)


Ketika itu aku 50-50,
Dengan Nikmat yang aku kecapi di UITM Jengka,
Kawan2 yang sangat2 sporting...
Suasana yang sangat2 membantu Aku "meneroka" Dunia,
Aku hanya mampu memohon pada Allah diberikan pilihan terbaik..


Dalam masa yang sama.. Badanku cederung di UITM,
Hatiku pula terpanggil2 Menghafaz Al-Quran.. Allah.. Payahnya,


Titik noktahnya.. Pada Penerimaan Maahad,
Jika aku gagal.. Aku akan kekal di UiTM,
Jika aku lulus.. Akan aku mulakan hidup baru di Maahad,
Takdir Allah.. Aku lulus, Bermulalah perpindahan aku ke Kuantan...


Begitulah..
Teringat ketika Muhadarah Ammah..
Di dataran Hayyu Asyir, Kaherah Mesir,
bersama dengan Syeikh Dr.Yusri... Perihal diri Syeikh..

Yang mulanya berada di Dunia perubatan..
Kemudian meminati Dunia Ilmu Islam,
Bermula dengan Menghafaz Al-Quran..
kemudian Fiqh.. Tasawwuf.. Hadith..

Tidak hanya mahir dalam Ilmu Islam...
Syeikh juga mahir dalam bidang Perubatannya.. Sehingga menjadi Seorang Pakar,
Teringat pesanan penting Syeikh;.. (lebih kurang)

"Tetaplah di mana Allah tetapkan kamu untuk berada,
& Pastikan kamu Mutqin (Pakar) dengan dunia kamu.."





Pakwan: Mudah2an Allah sentiasa membimbing kita....ameen