بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Melihat Wajah tersebut
Fikiran ku menerjah kepada maahad,
Ya.. Aku pernah bertemunya suatu ketika dahulu,
Bukan sahaja bertemu.. Malah kami pernah berkomunikasi,
Namun bezanya.. Sekarang baru ku tahu... Ia adalah "Sosok Permata",
Pertama kali mendengar
Jika tidak silap.. Aku mula mendengar Namanya ketika di Al-Ihsan,
Ketika itu.. Salah seorang temanku pernah sangat rapat dengannya,
Ku dengar.. Akrabnya hubungan mereka..
Sehingga Temanku itu dihadiahkan cincin olehnya.. Sangat mengagumkan,
Semasa di Maahad
Kami mendengar Dia akan datang,
Lantas kami dikumpulkan di dalam dewan,
Ya.. Ketika itu ia menceritakan Satu Kisah.. Heronya sama "Nama" denganku,
Belum selesai mendengar Dia bercerita.. Kami dipanggil untuk berlakon,
Sesi Penggambaran
Aku memakai baju rasmi kelas... Baju Raihan,
Kami bersap sedia di kerusi.. melakonkan sesi Pengajian,
Ustaz Zul menulis di papan putih satu kalimah.. SOLAT... Dengan tulisan Arab,
Kemudian dia masuk.. Pengikut2nya hanya memerhati dari luar...
Di Dalam Kelas
Selepas memerhati papan putih..
Dia lantas berpaling ke arah kami & memandangku...
Tidak semena2.. Dia minta aku berikan takrif SOLAT (Bahasa Arab),
Aku pernah hafaz.. Tapi mungkin sebab terkejut.. Aku teragak2...
Lantas mulut Dia terus menyambung;
أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير ومختتمة بالتسليم
Semua yang hadir gelak..
Aku tersengih.... Dia terenyum,
Bila aku amati..
Bekas Guru2ku di Kulliah Padang Polo turut hadir..
Ustaz Mat Zin.. Ustaz Syed Badrillah, Ya.. Guru2 yang sangat aku hormati.,
Selepas Dia selesai makan di Kantin.. Kawanku berkejar meminum bekas gelasnya,
Aku hanya memerhati.. Kerana itu jarang di "Duniaku",
Bila Dunia kami bertemu
Ketika itu aku masih baru di Mesir,
Aku diminta berkhidmat sebagai Setiusaha.. Untuk Majlis Dia,
Kini baru aku faham.. Betapa berharganya Dia kepada Dunia Ilmu & Tarbiyah,
Jelas pada kehadiran Pelajar yang "Sangat Ramai" & sambutan yang "Menggerunkan",
Untuk melihat Dia berpentas
Beribu2 pounds Mesir Guru2 kami habiskan,
Pelbagai gerak kerja rumit kami laksanakan..
Malu & Letih kami sudah tak peduli.. Yang penting Majlis Berjaya,
Alhamdulillah Majlis akhirnya berjaya.. Namun Aku pula tertidur letih..... Alahai
Dia muncul lagi
Baru2 ini Dia muncul lagi,
Habib Ahmad ada tanya.. Nak jemput Dia lagi?
Kami minta tidak.. Kerana kami belum bersedia.. Apatah lagi tengah exam,
Cukuplah dapat perhatikan Dia dari jauh.. Aksinya berpentas di "Anjung Al-Azhar",
Kadangakala
Kita sangat Menghargai, Sayang & Hormat padanya,
Namun kita hanya mampu menatapnya dari jauh... Sambil mengukir Senyuman gembira,
Bukan kerana kita tidak mahu Ber-Adab..
Cuma hanya ini sahaja yang aku Mampu....
Pakwan:
Dia adalah Seorang Murabbi, Alim Rabbani, Keturunannya sangat mulia, Anak muridnya adalah guruku... Dialah Habib Omar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.