Khamis, 4 Julai 2013

Mr.President: Antara Baik dan Kuat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Memilih Pemimpin
"..Bila bertembung antara "Kuat & Amin (Baik/dipercayai)"..
Maka dahulukan yang "Kuat",.."


Apakah maknanya ini?
Ketika mula2 mendengar kalam ini..
Apatah lagi.. ianya dari mulut Habib Ahmad sendiri,
Aku jadi termenung..
Ianya benar2 bercanggah dengan "Kebiasaan"..


Mencari jawapan
Aku mula mencorak fikiran...
Aku tahu.. Kalam Habib itu benar I'Allah,
Namun apa illahnya (alasannya)?.. Aku mula meneka2,
Aku rasa.. Aku nampak jawapannya.. Tapi masih samar2,


Melihat pada Pengalaman
Berbanding teori.. Aku lebih suka Pengalaman,
Kerana Teori itu.. "terbina" dari Pengalaman..
Dari Pengalaman.. Kita akan nampak "Perjalanan",
Dari Pengalaman.. Kita menambah baik "Perancangan",


Bagaimana mahu Memimpin?
Bagaimana kita mahu Naik?.. Akar2nya perlu kukuh,
Bagaimana mahu Pengaruh?.. Keyakinan orang mesti diperoleh,
Bagaimana mahu Stabil?.. Hati orang mesti diraih,
Bagaimana mahu kekal Kuat?.. Segenap aspek perlu dalam kawalan,


Kenapa Kuat.. 
Bukan Amanah?
Kata Habib Ahmad;
Bila yang Amanah memerintah.. Kuat akan memberontak,
Hasilnya.. Amanah akan Jatuh,

Namun jika Kuat yang memerintah.. Keadaan akan terkawal,
Kerana bukan tabiat Amanah.. Untuk berbuat Rosak !!
Tugas Amanah.. 
Memastikan semua yang di bawah untuk Amanah,
Bila yang di bawah semua Amanah..
Maka Automatik.. Amanah juga yang akan diangkat naik,


Nampak mudah bukan?
Walaupun ianya mirip dengan teori lama aku,
Yang kemudian aku sangkal dengan teori baru,
Yang ini pula mirip dengan teori Harakah Islamiah:..

"..Amanah perlu menjadi Pemerintah,
Dalam masa yang sama.. Amanah perlu membentuk akar,
Agar tampuk pemerintahan... Lebih segera dicapai.."

Baru aku faham
Baru2 ini aku melawat Habib Ahmad,
Terpacullah kalam ini.. Dan aku mula mengerti;

Di Negara kamu.. 
Sebaiknya pembangkang menjadi pembangkang yang baik,
Kerana  "manfaatnya" lebih besar buat rakyat,
bukan tidak boleh menjadi Pemerintah..
Tapi Pembangkang perlu dahulu Kuat & Mampu..


Belajar dari Kuasa Dunia
Semasa menaikkan Seorang Presiden,
Kamu perlu pastikan Kekuatan Tentera bersama Mr.Presiden,
Kamu perlu pastikan Kuasa Ekonomi ditangan Mr.Presiden,
Kamu perlu pastikan Jaringan Media menyokong Mr.Presiden,

Jika tidak.. Mr.Presiden kamu..
Akan dibantai beramai2 semasa dipuncak,
Walaupun rakyat menyokongnya.... Kamu perlu Kuat !!


Bijak & Jihad
Di zaman ini.. Kemenangan berpihak kepada "Akal",
Tanpa perlu ke tengah2 musuh.. Tekan "button" & bom meletup di sana,
Tanpa perlu berlelah gusti.. Tekan "Keyboard" & Tersingkap segala Rahsia Musuh,
Tidak perlu keluar rumah.. Hanya "login" facebook & Sejuta berhimpun di Medan Tahrir..


Qada' & Qadar Allah
Di sebalik segala yang berlaku..
Ketentuan Allah itu lebih terbaik..
Kadangkala kita sangka.. Kita terbaik mengangkat Islam,
Walhal.. Propaganda negatif musuhlah... Penyebab utama Islam terjulang...





Pakwan:
Teringat kalam Habib Ahmad Al-Maqdi (lebih kurang);
Ketika melihat Sesuatu yang berlaku..
Kamu seolah2 berada di tingkat 3 Rumah Flat..
Manakala Ulama pula di tingkat 5 Rumah Flat...
Banyak perkara yang lebih jauh.. Ulama telah nampak