Jumaat, 19 Julai 2013

Hidup di-Pukul Ombak

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Terumbang Ambing.. Hmm
Kini umurku telah masuk 25 tahun & semakin tua,
Justeru.. Aku semakin terbeban dengan "fokus hidup",
Banyak perkara & rancanganku saling bertentangan.. pada analisisku,
Kesemuanya mengujakan & hanya ALlah yang mampu menolongku...



Hidup ini
Biasanya sukar untuk jatuhkan keputusan awal,
Selalunya.. Keputusan akan dijatuh ketika kejadian benar2 hampir,
Kerana suasana ketika itu lebih kita fahami,
Cuma.. Sekarang kita hanya boleh mencari2 maklumat tentangnya,

.
Dunia Al-Quran & Dunia Feqah
Aku amat2 mencintai & seronok dengan Dunia Feqh,
Namun.. Aku juga sangat sayang pada Dunia Hafazan Al-Quran,


Dunia Shoubro
Aku perlu menghafaz Al-Quran.. Sebelum tasmi' dengan Syeikh Nabi,
Aku perlu dobit Khilaf2 bagi Imam2.. Sebelum baca dengan Syeikh Toha,
Aku perlukan masa dari lepas Kulliah--Pukul 3ptg.. Untuk habiskan dengan 3 Syeikh,

Aku perlukan masa tambahan untuk persediaan itu semua,
Aku juga perlukan masa untuk mengulang.. Agar aku tidak lupa,

Kulliahku bermula pukul 8pg-pukul 11pg,
Kemudian.. Aku perlu ke Masjid Khazandarah.. Untuk Kelas2 diatas,


Dunia Abbas Aqqad
Setiap Isnin, Rabu & Khamis.. Kelas Feqah seperti biasa,
Kelas bermula pukul 4ptg lebih kurang.. Berakhir dalam pukul 10mlm,
Setiap kupasan Habib Ahmad.. Aku perlu perhati sungguh2,
Jadi.. Aku perlu Tahdir (baca awal) & Muraja'ah dengan sangat2 teliti...

Disamping.. Habib juga meminta kami untuk hafaz Matan Zubad,


Jadi permasalahannya
Isnin, Rabu & Khamis.. Aku perlu berada di Abbas Aqad,
Selasa, Jumaat, Sabtu & Ahad... Aku boleh ke Shoubro,
Jika begitu.. Aku hanya mampu bertemu Syeikh Nabi pada Ahad & Khamis,

Kerana Khamis..
Kelas Feqah Kami bermula lewat
& Syeikh Nabi tiada pada hari Selasa, Jumaat & Sabtu,

Ahad & Khamis sahaja?.. Aku rasa Syeikh Nabi payah untuk terima,
Apatah lagi.. bersama Syeikh.. Aku tasmi' AlQuran.. Sesuatu yang "Wajib" hari2,


Solusi yang Secara Serbu
Aku perlu buat semua di Shoubro & berkejar pula keAbbas Aqqad,
Namun aku jangka.. Dengan 1001 persediaan yang mesti aku buat,
Baik Tahdir, Murajaah, Menghafaz Al-Quran, Mataz Zubad, Mengulang, Dhobit,,
Dikira2.. Mungkin aku boleh pengsan gamaknya,


Jadinya.. Aku Perlu berkorban
Aku rasa.. Ada perkara yang perlu aku  korbankan,
Aku perlu tetapkan... Al-Quran di Shoubro..
& untuk mendalami Feqah.. Aku perlu ke Yaman... Tapi Habib Ahmad?
ALLAH.... Payahnya nak buat keputusan.......


Lagi satu masalah
Sekarang nampaknya seolah2 nak timbul lagi satu masalah,
Sebolehnya Aku nak bujang lagi.. Aku nak fokus pada Al-Quran & Feqah,
Tapi.. Signal dari keluarga aku dah lain macam.. Mudah2an lambat lagi,
Aku memang malas nak kerja2 ni... Apa seronoknya kerja? huh2...

Untuk duit? Untuk mewah? untuk jadi manusia sejati?
Atau ingin letakkan diri sebagai Hamba? Payahnya....


Berdoa pada Allah 
& Hayati Tempoh Bertenang
Mudah2an.. Kepulanganku pada 23 Julai nanti membawa Sinar,
Mudah2an Laut yang permai & Pepasir menenangkan daku,
Nak layan Cuti2 Malaysia.. Sambil lawat Guru2 & Teman2ku,
Mudah2an Jiwa kami sentiasa Bahagia & Gembira.. Di bawah bimbingan Allah





Pakwan: Salam Keceriaan..(^^,)