Sabtu, 6 Julai 2013

Semalam Aku Bermimpi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Semalam aku bermimpi, 
Sekumpulan tentera Penggempur bertembung dengan Pasukan Pengawal (baik)..
Jumlah mereka semua dalam 10-11 orang..


Mereka sedang mengepung Pejabat Pentadbiran,
Aku lihat Syeikh Abdun Nabi sedang duduk di kerusi & sedang bersiap menyamar...
Syeikh memakai misai & Janggut palsu.. Untuk keluar dari kepungan tersebut,


Aku kemudian ke luar.. 
Di luar keadaan sudah huru hara.. Disamping terbeban di jiwaku;
Seolah2 Aku telah lakukan satu dosa & kesalahan besar..
Namun aku tidak tahu apa..


Dalam keadaan yang genting begitu.. 
Aku berkali2 berkata pada diriku;
"..Jika sudah lakukan dosa sekalipun..
Sekurang2nya aku perlu juga menyumbang kepada Islam..
Sekurang2nya.. ada hujjah buat diriku disisi Allah nanti.."


Menasihati Musuh
Aku mula menyedarkan musuh2 dengan kalam2ku..
Aku sampaikan dengan penuh perasaan.... Jiwaku juga sebak..
Akhirnya mereka sedar & menyokong Islam...
Mereka terus maju ke medan pertempuran.. Mewakili Pasukan Islam,


Aku kemudian ke hujung banggunan..
Aku masuk ke Surau & disana aku lihat ramai orang mengaji...
Rupa2nya telah tiba hari kiamat...
Sebatang menara tumbang di depanku & menyala2 terbakar,
Aku lantas mengumpulkan semua yang di dalam Surau tersebut..


Kami lantas membuat satu bulatan..
Aku mengajak mereka berzikir dengan kalimah "La Ilaha Illa Allah.."
Tiba2 Nikmat bersuara kepadaku..
Adakah ini yang patut kita lakukan?
(Adakah ini sesuai dengan Ilmu yang telah kita pelajari dari guru2 kita)?

Aku terkedu & terdiam.. & Baru aku perasan..
"..Bab Hari kiamat & pesediaannya belum aku pelajari lagi dari guru2 ku.."



Kemudian aku terjaga dari tidur... Allah.... Mimpi rupa2nya..
Di hujung katil tempat tidur.. Ikhram sedang bermain laptopku...






Pakwan:
Banyak peristiwa yang berlaku.. Seolah2 ingatan dari Allah buat diri kita yang selalu lupa..