بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
ه
Menjadi Seorang Mastermind
Saya tidak mahu memberi anda tunjuk
ajar,
Saya sendiri maklum.. Anda tidak
perlukan itu,
Apatah lagi menggunakan medium blog
yang terbatas ini,
Bagi saya... Anda hanya perlukan
"Teras",
Ada beberapa Prinsip mengurus yang
akan saya beri,
Berdasarkan pengalaman saya selama
ini,
Saya pernah Rasa Puas.. Gembira
& Banyak kali Gagal,
Bagi saya ianya antara
"Ilmu" yang Sangat2 Berharga.. Dari Allah buat saya,
Alhamdulillah... Yang penting kita
SURVIVAL !!
Perlu jelas Target Akhir
Sebarang pengurusan yang anda
kendalikan,
Anda perlu nampak "Target
Akhir" yang anda mahu,
Walaupun jalan mengurus masih
samar2..
Kerana.. "Target Akhir"
yang akan pandu segala tindak tanduk anda,
Cukup dengan Target Akhir yang
mudah2.. Tidak perlu kompleks,
Cuma.. Anda perlu bayangkan
"suasana" yang bakal berlaku,
Contoh Target Akhir:
Semua Pelajar/Pekerja
berhimpun..
& Masing2 menghayati kata2
YB/CEO..
Bayangan Perjalanan
Sebaik anda nampak Target Akhir anda,
Sekarang.. "bayangkan"
perjalanan & lakarkan di kertas/whiteboard,
Teknik ini selalu dipanggil
"Mastermind"... Apa2lah.. Janji Kerja kita selesai,
Bayangkan "check point"
utama & Teruskan membayang lebih dalam..
Check Point Utama;1. Pelajar menunggu YB di Lobi,2. YB sampai di Lobi Pejabat,3. Lobi masuk ke Dewan Besar,4. Ucapan2 dari Tuan Rumah,5. Ucapan YB,6. Majlis Perasmian,7. Penyampaian Hadiah,8. Jamuan Makan,9. YB melangkah pulang.Berdasar Aturcara diatasAnda telah mendapat suastu gambaran kasar,Kemudian Perhalusi.. Kepada gerak kerja setiap "Check Point",Apakah persediaan awal, semasa & selepas "Check Point",Di setiap "Check Point".. Kenalpasti AJK/ Petugas yang terlibat disitu,
Beritahu Apa yang patut
Bukan semua perkara perlu dihebah kepada semua orang,
Apatah lagi.. Jika ianya akan mengganggu.. Istilah biasa: "Banyak Kepala",
Namun.. AJK/Petugas perlu juga tahu jalan cerita & Tugas mereka,
Agar mereka dapat fokus pada tugas & bukan anda seorang all-out (buat semua),
Tepati Masa
Bagi seorang pengurus.. Masa anda amat2
berharga,
Dahulukan perkara2 yang perlu
dilakuakan awal & "kena" pada masa,
Di sinilah.. Pengorbanan anda untuk
"Keberjayaan Program" benar2 teruji,
Sekali anda berlengah &
bertangguh.. Anda akan rugi & menyesal kemudian,
Semasa melakar di Whiteboard/Kertas
tadi..
Pastikan Jangka waktu laksanakan
kerja.. turut dilakar,
Ianya aka memandu anda bekerja..
Agar "Kena" dengan keperluan,
Hargai Potensi
Setiap AJK/Petugas.. VIP... Staf..
& Sesiapa sahaja disekeliling anda.
Mereka punyai kelebihan &
kekurangan berbeza2,
Kenalpasti & letakkan mereka
pada posisi yang tepat,
Hargai bakat mereka & pandu
mereka kearah apa yang anda mahu,
Faktor Umur.. Jantina..
Perhubungan.. Kebiasaan mereka,
Juga Cara Muamalah & Titik
Persamaan antara anda & dia..
Semuanya amat2 penting.. Khusus
untuk memaksimumkan Potensi Peranan Mereka,
Mereka adalah aset terpenting untuk
program.. Hargai Mereka !!
Dengar Pandangan
& Periksa kelopongan
Sebelum & semasa berlangsung
program,
Pastikan anda mendengar setiap pandangan
& kritikan,
Walaupun anda sudah ada cara
tersendiri untuk menanganinya,
Semua itu penting untuk dua
perkara..
1. Jaga hati dia &2. Takut anda terlepas pandang
Abaikan Perasaan
Diwaktu ini.. Abaikan segala
perasaan yang timbul,
Mungkin anda terguris hati.. Marah..
Tak dapat terima.. Sedih,
Kesemuanya letak di tepi.. Kerana
yang paling penting sekarang;
...............Kerja Aku Beres !!
Sentiasa Dalam Kawalan
Setiap orang punyai cara tersendiri menghadapi "tekanan",
Elakkan dari membuat keputusan yang dipengaruhi tekanan,
Sebaiknya.. Beredar dahulu dari tempat kejadian & bertenang,
Cara saya: Niat untuk selesaikan masalah & Minta pada Allah... & TIDUR !!
I'Allah.. Sebaik bangun tidur.. Jalan penyelesaian akan muncul,
Mungkin.. Semasa kita tidur.. Otak pula mencari jalan terbaik...
Diri Mesti Fleksible
Jika anda hadapi kebuntuan dengan Plan A,
Beralih kepada Plan B, C, D, E & Seterusnya..
Luaskan skop pandangan anda & Teruskan trial & error...
Walaupun berbelit/ nampak remeh.. Jangan abaikan sebarang idea,
Salutan Paling Penting
Untuk Mulut & Hati... Sentiasa
minta; "Allah tolong setel-kan",
Perancangan & Ilmu Allah itu
Maha Luas.. Allah-lah Penolong terbaik,
Banyak benda kita terlepas pandang..
Kadangkala ter-over,
Allah lebih mengetahui apa yang
terbaik untuk Kita.....
Cukuplah Sekadar itu
Saya doakan anda berjaya menjadi
Pengurus yang berjaya,
Setiap orang punyai kelebihan
masing2, Jika anda hebat di sini...
Pastikan potensi ini sentiasa
digilap & Pelbagaikan Pengurusan anda,
Setiap Pengalaman adalah butir2
Permata Berharga.. Baik Berjaya & Gagal..
Pakwan:
Ada satu unsur yang saya mula
perasan kini..
Saya baru perasan ketika di
Mesir.,. Unsur BERKAT,
Bila diperhati kepada program2..
Khususnya yang melibatkan Habaib
& Masyaikh.. & Untuk Bantu Orang,
Semuanya dirasa Mudah & Seolah2
ada tangan "ghaib" membantu,
Gunakan Kelebihan untuk Bantu Agama
Allah...