بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
{:: Maka bermulalah Sebuah Perkampungan ::}
Malam ini..
Ada teman2 yang sudah check-in di hotel2 sekitar Kuantan,
Ada juga yang mengira2 waktu.. Bilalah "Kereta" nak keluar dari bengkel,
Yang datang dari jauh.. tengah tercari2 link..
"Sapa gamaknya nak tunjukkan aku jalan ni..."
Tidak kurang yang meraba2 poket...
"Alamak.. Duit dah tinggal 1-2 kupang..(^^,) "
{:: Esok hari besar.. (Sebetulnya bermula hari ini) ::}
Ramai Rodong2 Anak Pahang Mesir nak kawen..
Setakat yang maklum.. Dalam 4-5 pasangan juga esok sahaja,
Dulu Orang Pahang payah nak kawen awal..
Tapi sekarang dah berubah.. Orang Pahang dah Maju..he2
Tahniah !!
{:: Ambil peluang me-ngeteh ::}
Bila pulang.. Inilah masa nak jumpa rodong2 lama,
Bila dah jumpa.. banyaklah topik nak diboraknya..
Memang seronok.. Masing2 dah berlainan bidang,
Namun bila mula bersembang.. Udah rasa baru semalam berpisahnya,
Bila bercakap soal "Ukhwah".. Soal "Rodong2",
Susah macam mana pun "Member".. Kita kena tolong,
Jangan Hidup pentingkan diri... Jangan "Tikam" Rodong sendiri,
Kelak bila bertemu muka berseri.. Bila belakang semua Benci..
{:: Koi ada bercadang..::}
Tahun depan kita buka Hadonah..
Tempat Asuhan Kanak2, I'Allah untung besar...(^^,),
Acah jek...he2
Lama tak mencoret di Wall Anak2 Pahang Mesir ni..
{:: Selamat Penganti Baru ::}
Selamat Pengantin Baru... Teman2 Yang Bakal Bersanding..
Ku doakan kalian Bahagia hingga ke Syurga..
Mudah2an dapat anak banyak2 & Soleh Solehah...
...& Senang doakan kita nanti..(^^,)
Pantun Tiang Seri;
..Pucuk Pauh delima Batu,
..Buat hantaran di hari Keceriaan,
..Dari jauh terasa Rindu,
..Nak jumpa Kawan2 di hari Persandingan...he2
Mudah2an sempat nak all-out..
...Mujur kawen ni dua kali Majlis.. Mudah sikit nak planning..herm
(^^,)
Esok 24 Ogos 2013...