Rabu, 28 Ogos 2013

Membentuk biah ilmu di Pahang

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

[ NYUMBANG buat ANAK2 PAHANG ]
I'Allah.. Tidak lama lagi Teman2 baru kita akan tiba,
Ada lulusan Pondok, STAM, SPM & Diploma..
Dari sekian ramai Rakyat Pahang..
Mereka terpilih untuk mendalami Ilmu Agama Islam di Mesir,

Memetik kata2 Tim.Mufti Pahang baru2 ini;..(lebih kurang)

"......Kita ada buka kelas Feqah berbentuk halaqah,
Kita nak kenalkan semula pada masyarakat..
Tentang Kitab2 asas mazhab kita,

Namun sayang...
Kita di Pahang tiada yang mampu untuk mengajar,

Terpaksa kita panggil guru2 dari Kelantan.. Untuk buka "Kitab Umm",....."

Adakah Anak2 Pahang begitu Lemah?
Tidak... Cuma kita belum ketemu "punca/cara"

Menjadikan Seorang Alim perlukan 4 perkara;
1. Syeikh pembuka (bimbing),
2. Akal yang jelas (terpelihara),
3. Kitab yang sahih (kena),
4. Berterusan

Menuntut Ilmu perlukan Manhaj yang "tepat",
Agar hasil kita dapat dimaksimum sebaik mungkin,
Untuk itu.... kita perlu "merangka" & Pembimbing yang Pakar,
Gerak kerja perlu bermula... & Kita Sendiri yang perlu mulakan,

Nasihat Habib Ahmad Al-Maqdi;
"Belajar dengan Masyaikh ini seperti menaiki bas,
Jika nampak sahaja bas lain.. Terus turun & naik bas lain,
tinggalkan bas yang kita sedang naiki...
Kemudian bila jumpa lagi bas lain... tukar lagi,

Kita tidak akan sampai kepada destinasi.... Berguru juga begitu,
Kita perlu mulazamah dengan seorang guru sampai habis...."

Cadangan Program yang boleh dipertimbang Anak2 Pahang;
(Guru2 & Teman2 juga boleh menambah/memperbetul)

[ Sept-okt: MENANAM SEMANGAT & CERITA MANHAJ ILMU ]
1. Menjemput Ustaz2 Melayu berpengalaman,
Cth: Ustaz Nazrul/ Ustaz Hairul Nizam/ etc..
2. Menjemput Masyaikh2/Habaib yang berpengalaman,
Cth: Habib Ahmad Al Maqdi/etc..

[ Bulan2 seterusnya: MELENGKAPKAN ILMU2 ASAS & TAMBAHAN]
1. Ilmu Nahu, Saraf & Balaghah
2. Ilmu Fiqh, Tauhid, Tajwid
3. Al-Quran, Hadith & etc...

Melihat pada diri kita,
tergamakkah pulang ke Pahang..
dengan diri kita sebegini?...

....Jangan biarkan adik2 kita turut merasainya...