Sabtu, 24 Ogos 2013

Bila kita Kurang Adab


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


{::  Kita ABAIKAN ADAB dengan AL-QURAN ::}

#Berkata Syeikh Nuruddin.ha; (lebih kurang)
"Imam Malik nyatakan 7/10 Ilmu itu datangnya dari Adab"


#Pernah terjadi di kalangan Ustaz2 Pahang kita..
Ada yang sampai mengigau pun masih mengulang Al-Quran,
Sesuailah dengan Mujahadah & Adabnya dengan Al-Quran...


#Setiap dari kita sedia maklum..
(Banyak terdapat perbahasannya di dalam Kitab Qiraat, Tajwid & Fiqh)

"Setiap kali ingin "memulakan" bacan Al-Quran,
Kita mesti mulakan dengan Istia'zah..
Berdalilkan satu Firman Allah yang masyhur,

Begitu juga jika kita berhenti membaca
& melakukan aktiviti "luar" lain,
Jika ingin membaca kembali..
..maka mestilah dimulai kembali dengan Isti'azah tersebut.."


#Namun sedarkah kita..
Ber-sms & bercakap dengan kawan2..
..juga termasuk dalam aktiviti "luar"?
..Kita berhentikan bacaan kerana nak berborak/berbalas sms?
..Kemudian kita menyambung kembali bacaan/mengulang..
Tanpa menjaga Adab isti'azah?


#Mungkin inilah penyebabnya I'Allah..
Kenapa baru membaca 5 minit..
Sudah berasa jemu & lama..
Walhal berapa minit sahaja untuk Al-Quran
...& selebihnya ber-sms, melayar internet (smartphone) & berbual2,

Berbanding Ustaz2 kita dahulu..
Dari lepas Subuh ke Zohor,
3-4 jam mengulang Al-Quran,
Istiqamah mengulang 1-2 juzu' setiap lepas Solat,

Ujar Ustaz Hakim (Senior di Mesir);
"Manusia hari ini semakin melupakan Nilai Berkat.."


:: Orang Pahang kita mudah terima..
Tapi perlu dilapik Sopan(^^,).. I'Allah khair ::

Terima kasih Ustaz Don Daniyal.. kerana ingatkan..