Khamis, 29 Ogos 2013

Berani dengan Majikan Zalim

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Sebelum ini,

Adik pernah minta kerja dengan Sebuah Syarikat. Si Penemuduga beritahu:.. 
"Syarikat ini tidak sediakan tempat Sembahyang.." 


Adik jawab.. "Tidak mengapa...", 
Sebab dia boleh Sembahyang di tempat lain,


Penemuduga tambah lagi:.. " Waktu nak Sembahyang Jumaat pun tak boleh keluar...
Sebab waktu itu stok banyak sampai.. Manager syarikat ni Cina Taiwan"

Adik terus tawar hati,



Alhamdulillah...
 
Allah itu Maha Memelihara Hamba2-Nya kan..

Kini Adik bekerja ditempat yang sangat2 mesra Muslim.. 
Kerja pun tak stress & sangat2 happy. Syarikat dari Jepun & lokasinya di Pelabuhan.

Lebih sejuk telinga mendengar:
"Bila masuk sahaja waktu Sembahyang.. Aku balik sembahyang kat rumah pekerja,  Tapi.. Pekerja2 yang bawak tren2 tu.. Diorang solat je tepi kren..." Adik bercerita.

(he2... Adik kini dikelilingi oleh Pekerja2 yang jaga Solat)

Kini.. Adik siap rasa gembira lagi nak buat OTi 
& Rasa seronok nak datang kerja Sabtu & Ahad... 
Gaji pertama.... semua diserahkan pada Ibu & Bapaya...

Gaji Adik pun... bagi saya sangat2 berbaloi....
Kadang2 rasa macam berlebih pula dari kerja-nya..he2

Baru2 ni.. Dengar2 Adik nak dinaikkan lagi pangkat.. 
Alhamdulillah... Rezeki dari Allah kan....


{:: Ada dua ayat yang sangat2 best untuk dipegang ::}

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً{2} وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ)

سورة الطلاق)

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (Takut & berharap pada Allah),
Maka Allah akan berikan padanya "Jalan Keluar" (dari kesulitan)...

Dan Allah akan memberikan padanya Rezeki dari mana2 (arah) yang dia sendiri tidak sangka2...


 

:: Ayat ini makruf dengan panggilan Ayat Seribu Dinar..::