بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kelebihan Mesir
Kelebihan Mesir sebagai Lubuk Ilmu Al-Quran diakui Dunia,
Berbekalkan Manhaj Pengajaran/Pembelajaran..
Mesir telah lahirkan ramai Muqri'2 hebat dunia,
Kerana itu jika dibelek2 Mushaf yang lama keluaran Kerajaan Saudi..
Maka kita akan dapati ianya tertulis..
"Telah disemak oleh Muqri' Mesir (Pakar Rujuk Al-Quran)",
Saya hanya sebutkan Arab Saudi..
Kerana Al-Quran disana untuk diedar ke seluruh dunia,
Tidak cukup nama "Mesir" disebut beberapa kali di dalam Al-Quran..
Peranan "Warga" Mesir "menjaga" Al-Quran juga di iktiraf Ulama'2 Dunia..
Talaqqi AQuran
Talaqqi ataupun lebih mudah dipanggil "bacaan" secara berdepan,
Guru2 yang menyemak juga dipilih dari guru2 yang pakar & terkenal..
Kebiasaannya bermula dari Seawal Surah AlFatihah.. Hingga 30juzuk Al-Quran,
Namun.. Ada juga yang hanya mengambil Juz Amma (Juz 30) sahaja..
Bertanyalah dahulu dengan Ustaz2 yang Ahli.. Sebelum memilih guru,
Ia penting.. Untuk maksimakan Ilmu & Latihan yang akan kita terima
Syarat Bacaan
Walaupun tidak ditetapkan secara spesifik,
Namun Pelajar perlulah sudah ditahap mahir membaca Al-Quran,
Kerana pada tahap ini..
Kita diajar untuk menyebut makhraj & tajwid dengan betul,
Jika mengikut kiraan di bawah.. Kita disini sedang dilatih pada tahap ke-3,,
Tahap pengajian Al-Quran;
1. Mengenal Huruf (Muqaddam & Iqra')
2. Boleh membaca Al-Quran dengan baik,
3. Mahir dengan hukum hakam, wakaf ibtida' & hukum2 lain,
4. Sudah boleh menghafaz Al-Quran,
5. Kenali Qiraat yang mutawatir,
6. Kenali Qiraat Ahad & Syaz,
Peringkat Umur yang sesuai
Bagi saya.. Semua golongan sesuai,
Asalkan ia telah lepas tahap ke-2.. Maka ia boleh Talaqqi dengan Syeikh Mesir,
Pakcik2 & Makcik2 umur 50/60.. Adik2 umur 10/11 tahun,
Apatah lagi bagi Guru2 Al-Quran & Bakal2 ulama'.. (Min babil awla),
Bukan hendak letakkan Syarat berlebihan,
Namun pemerhatian saya pada bentuk
& teknik pengajaran Syeikh2 di Mesir..
Bagi saya..
Ia kurang sesuai untuk mereka yang di tahap pertama..
Bentuk2 Talaqqi (Bacaan)
Bentuk untuk kita Talaqqi ada beberapa jenis..
Sebaiknya kita ambil semua.. Namun bergantung pada upaya kita juga,
1. Bacaan biasa (Riwayat Hafs),
2. Hafazan biasa (Riwayat Hafs),
3. Bacaan Qiraat satu2.. Pilih dari 10 Imam,
4. Bacaan Qiraat Jama'.. Sepuluh Imam dibaca sekaligus,
(Trend sekarang;
Pelajar lebih cenderung gabungkan Cara bacaan Jama' Syria & Mesir)
Jangkamasa Talaqqi
Kebiasaanya Syeikh2 akan guna sistem Maqra' (2-3 muka),
Ada 1-2 Maqra'.. Ada juga 4 & ada sejuzuk.. bergantung pada Syeikh2,
Ada juga yang guna sistem masa.. 30 minit setiap seorang pelajar,
Jika yang mahu habis cepat & Syeikh setuju.. Mungkin boleh 1-5 juzuk sehari,
Tempat Talaqqi
Kebiasaannya di Masjid,
Namun ada juga di Rumah2 Syeikh & Pelajar..
Ada juga Syeikh yang dijemput khusus ke Asrama Pelajar Malaysia,
Bagi yang berduit (khusus Pelancong Malaysia)..
Syeikh dijemput terus ke Rumah Penginapan,
Waktu2 Talaqqi
Waktu di Mesir ini berbeza2.. Mengikut Syeikh,
Ada selepas Subuh.. Pukul 10 pagi-Asar..
Ada juga yang Syeikh sudah tetapkan jadualnya buat kita..
Jika yang ingin habis segera (Khusus Pelancong Malaysia).. Waktunya lebih padat,
Suasana ketika Talaqqi
Mula2 sampai.. Salam & Cium tangan Syeikh,
Siapa sampai dahulu.. Maka ia akan baca dahulu,
Sambil itu.. Yang sampai kemudian akan tunggu giliran,
Lepas baca.. Salam & Cium tangan Syeikh
(Adab adalah pra-syarat Penuntut Ilmu),
Pendekatan Talaqqi
Kita akan membaca satu demi satu ayat.. Syeikh (Guru) akan menyemak,
Kemudian.. Setiap kesalahan kita akan diperbetulkan,
Untuk berkesan.. gunakan Al-Quran sendiri & Catat/tanda kesalahan dengan pen,
Sebagai persediaan.. Baca dahulu sebelum Talaqqi & perhatikan tajwidnya..
Yuran Talaqqi
Kebiasaannya yuran Le1200.00 (RM600.00) setiap kali khatam,
Kadangkala Syeikh tak minta.. Namun kita perlu faham2 sendiri,
Dengan kos sara hidup & keperluan semasa..
Maka kita lebih2 lagi perlu "jaga" Syeikh,
Di akhir Majlis khatam..
Syeikh biasa berikan kita Syahadah Sanad.. Silsilah bacaan yang kita ambil,
Bermula dari Nama kita.. Syeikh kita.. Guru2 mereka & Para Sahabat.ra..
& terus bersambung sehinggalah kepada Rasulullah.saw..
Akhir kalam
Al-Quran itu adalah Kalam Allah..
Ianya Kitab yang Paling Mulia di atas muka bumi ini..
Justeru itu.. Kita perlukan Kegigihan & Usaha Keras untuknya..
Berbekalkan Adab & Doa..
Mudah2an Allah berikan Nikmat Al-Quran buat kita..
Pakwan:
Kagum dengan Imam Suyuti;
Paginya ketika mendengar Syeikh Yusri.ha menerangkan Kitab Hadith Sunan Nasaie..
Kita gunakan Kitab yang di-tahqiq oleh Imam Suyuti.ra,
Kemudian ke Shoubro,
& belajar Ulum Al-Quran dengan Syeikh Toha.ha..
Kita gunakan Kitab Al-Itqan fi Ulum Al-Quran karangan Imam Suyuti.ra..
Kemudian ke Darrosah,
Untuk belajar Qawaid Fiqhiyyah dengan Mufti Mesir Syeikh Ali-Jum'ah.ha..
Kita gunakan Kitab Al-Ashbah Wan-Nazoir.... juga karangan Imam Suyuti.ra..