Selasa, 30 Disember 2014

Simpati terhadap Mangsa Banjir



 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Allah.. Kesiannya mereka,

1. Sedih bila menonton video di TV1 semalam yang merakamkan detik mereka yang kembali ke rumah. Namun sebaik sahaja sampai, didapati ada rumah yang sudah hancur dibaham arus, kereta yang remuk, peti sejuk rosak dan serba-serbi musnah. Hanya kalimah Astaghfirullah... Astaghfirullah.. Yang mampu terpacul dimulut,

2. Pengalaman yang lalu. Walaupun sekadar beras, milo, biskut mayat, maggi, bubur hot cup, roti, gula dan makanan segera. Namun itu sudah amat-amat berharga bagi mangsa-mangsa banjir. Percayalah.. Makanan inilah yang akan dimakan oleh satu keluarga buat menggalas perut yang kelaparan. Sekurang-kurangnya untuk 2-3 hari terawal ketika pulang ke rumah. 

3. Namun, kali ini nampaknya seolah-olah lebih hebat. Tidak cukup dengan perkakas yang musnah. Malah rumah juga juga turut runtuh dibadai arus. Sementelah di kelantan itu banyaknya rumah kayu.

4. Bayangkan bagi rumah yang musnah. Berapa kos bagi membinanya semula? keperluan asasi dapur? kelengkapan rumah? pakaian sekolah anak-anak? kereta yang hancur? Berdasar pada gambar dan video yang sempat dirakam media, kelihatan rata-rata bukanlah orang senang dan berada.

5. Mudah-mudahan kali ini penduduk Malaysia benar-benar bersatu hati meringankan beban saudara mara kita yang menjadi mangsa banjir. Mungkin asbab dari inilah rasa sayang atau mahabbah dan bertolong bantu diantara sesama muslim di Malaysia kembali erat.

6. Semoga Allah merahmati Bumi Malaysia tercinta... Allahumma Ameen,
Sollu 'ala Rasulillah