Rabu, 25 Mac 2020

Ada seorang pelajar minta nak jumpa personal

Beberapa bulan lepas. Lepas kelas, ada seorang pelajar datang jumpa. Dia minta nak jumpa personal, ada benda nak luah katanya.
.
Bila semua rakan-rakannya dah keluar. Tanyalah, kenapa? Katanya dia baru masuk Islam. Dalam tahun sebelumnya tak silap. Dia berminat nak belajar agama. Tapi entahlah (Dia blur. Tak reti nak jelaskan). Cuma, dia tertarik dengan kupasan dalam kelas tadi. (Dalam kelas banyak petik kalam Sidi Rohimuddin).
.
Rasanya faham apa yang dia rasa.
.
"Kamu nak belajar agama, bukan sebab exam kan? Tapi sebab nak faham agama? Nak kenal dan rapat dengan Allah? "
.
Muka dia bersinar. Dia kata "ye."
.
"Beginilah. Kamu kena pergi ke pondok." Sambil cadang beberapa tempat sekitar Kuantan, semua tak sesuai. Sehinggalah cadang. Masa cuti nanti, pergi duk Pasir Tumboh.
.
Sebelum cuti. Carikan sponsor (Alhamdulillah ada yang sudi taja), belikan tiket bas. Bila cuti, pelajar tu pun pergilah ke Pondok Pasir Tumboh. Handset tak boleh bawa, jadi hanya tau perkembangan setakat dia daftar dan sebelum serah handset. Lepas sebulan (Dia duk sana sebulan je), masa nak balik. Dia hantar mesej. Katanya nak berubah, ada beberapa perubahan yang dia nak buat. Tapi takde kekuatan. Petik ayat Habib Ali al-Jufri;
.
"Rasa nak berubah tu sebenarnya anugerah dari Allah. Rasa tu bukan kita yang buat, tapi Allah yang jentikkan."
.
Baru ni jumpa. Banyak jugalah perubahan tu, sampai kitapun hampir-hampir tak cam. Moga beliau terus istiqamah, dan berjaya mengajak mak ayah dan adik beradik peluk Islam
.
Ingat masa Pasir Tumboh dulu. Pernah tanya seorang kawan borneo. "Kau pernah makan babi?". Katanya "pernah". Tanyaku "rasanya bagaimana?". Balasnya "sedapp". hehehe.