Rabu, 25 Mac 2020

[ Tatacara Menyambut Kelahiran Bayi sehingga umurnya 10 tahun: ]

1.1. Disunatkan azan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri. Dilakukan sebaik bayi lahir, supaya diperdengarkan nama Allah sebelum mendengar apa² yang lain. (Jika bayi berada dalam alat khas. Cukup azan dan iqamah dengan niat tujukan ke telinga kanan dan kiri).
.
1.2. Disunatkan baca pada telinga kanan bayi:
إني أعيذها بك وذريتها من الشيطان الرجيم.
.
(Aku berlindung akan dia dengan di-Kau (Allah) dan akan segala anak cucunya daripada syaitan yang kena rejam).
.
1.3. Sunat baca Surah al-Ikhlas pada telinga kanak². Supaya mula² yang diperdengarkan kepadanya ketika di dunia ialah kalimah tauhid.
.
1.4. Disunatkan baca Surah al-Qadr pada telinga kanan bayi. Moga dipelihara daripada zina seumur hayatnya.
.
2. Diberikan kepada orang soleh untuk ditahnikkan anaknya. Iaitu digosokkan buah tamar ke lelangit bayi. Dahulukan rutob (kurma basah). Jika tidak ada maka tamar (kurma kering). Jika tidak ada maka manisan yang tidak bersentuh dengan api (contohnya: madu, kismis), selepas ianya dimamah dan bercampur dengan air liur orang soleh tersebut. Kalau tiada orang soleh lelaki, wanita yang solehah pun tak mengapa.
.
3. Sunat namakan bayi tersebut pada hari ke-7. Sebelum sembelih aqiqah. (Hari pertama mula dikira dari bayi itu lahir. Walau beberapa minit sebelum maghrib). Namun jika tak mahu buat aqiqah pada hari ketujuh, maka sunat letak nama pada hari kelahiran. Jika letak hari lain, tidak mengapa.
.
4.1. Sunat lakukan sembelihan pada hari ketujuh. Jika tidak dapat, sunat hari ke 14. Jika tidak dapat, pada hari ke 21. Begitulah seterusnya (tiap tujuh hari).  (Rujuk: Majmu' Imam Nawawi).
.
4.2. Kalau sebelum hari ketujuh atau selepasnya juga tiada masalah. Cuma jangan sebelum bayi lahir, tak dikira aqiqah. Daging tu dikira daging biasa je. Dan sunat sebelum bayi tu baligh. Kalau dah baligh. Sunat bagi penjaganya dah luput, berpindah kepada budak tu pula.
.
4.3. Bayi lelaki sunat dua ekor kambing biri², bayi perempuan sunat seekor kambing biri². Namun paling afdhol 7 ekor kambing. Kalau tak mampu, seekor bagi bayi lelaki pun dah beroleh sunat.
.
4.4. Syarat haiwan sama dengan korban. Dari jenis, sejahtera dari aib, umur, niat, makan, bersedekah, hadiah, tegahan dan lainnya. Cuma perbezaannya, jika korban itu bersedekah dengan daging mentah. Aqiqah pula sunat dimasakkan secara manis, dimakan sebahagiannya  dan sebahagian yang lain disedekah kepada faqir miskin.
.
4.5. Sunat jangan dipatahkan tulang haiwan itu, baik yang mengerjakan aqiqah atau yang makan. Cuma pisahkan di sendi.
.
5. Sunat sapukan Za'faron atau bau-bauan pada kepala bayi, setelah sembelihan berlaku.
.
6.1. Sunat cukur lepas sembelih. Sunat dicukur licin rambut bayi. Baik bayi lelaki atau perempuan pada hari ke-7. Makruh jika ditinggalkan sebahagian.
.
6.2. Timbangkan rambut bayi dengan nilaian harga bagi berat emas. Jika tidak mampu, maka perak. Dan sedekahkan nilaian tersebut (Boleh timbang dikedai emas).
.
TERTIB SUNAT: BERI NAMA-->SEMBELIH-->BERCUKUR.
.
7. Sunat segera khatankan bayi itu. Sama ada lelaki atau wanita. Namun jika kanak² itu telah baligh dan beraqal, maka hukum khatannya dah bertukar jadi wajib.
.
8. Apabila mumayyiz (Kanak² itu mampu makan, minum, buang air besar sendiri) dan sampai umur tujuh tahun. Maka wajib bagi penjaganya untuk mengajar kanak² itu amalan fardhu dan sunat. Baik solat, puasa, menutup aurat, menjaga ikhtilat dengan ajnabinya, hatta amalan sunat. Termasuk juga mengenalkannya akan Allah, rasul dan segala perkara yang wajib dan haram. Jika kanak² itu tidak buat di belakangnya, tidak mengapa. Kerana dia belum lagi baligh.
.
9. Bila umur kanak² itu 10 tahun. Bolehlah memukulnya (ada syarat juga cara pukulnya) jika ia meninggalkan ibadah fardhu atau buat perkara haram.
.
Wallahuaa'lam.
.
.
.
Rujukan:
1. Al-Majmu' syarah Muhazzab li al-Imam an-Nawawi.
2. Hasyiatan (Qolyubi wa Umairoh)
3. Matla'ul Badrain wa majma'ul bahroin.
4. Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquh fi amri ad-Din.
5. Bughyah Tullab limurid ma'rifah al-Ahkam bi as-Sowab.