Selasa, 24 Mac 2020

Taman Adab dan Budi.

Entoh kenapa. Kalau dengan guru ni segan benor. Mungkin ni kesan Allah anugerahkan haibah kepada susuk mereka. Teringat ke mereka pun dah buat hati jadi serba salah. Banyak betul qillatul adab kita kepada mereka. Moga Allah ampuni.
.
Teringat tahun 2013. Waktu balik Mesia bercuti. Dalam satu majlis, berbual beberapa orang mak ayah. Salah seorangnya guru di sekolah dahulu, walaupun tidak mengajar direct tapi tetap guru di sekolah lama. Sengaja malas perkenalkan diri, Lagipun rupa kita dah banyak berubah, fikir mungkin beliau tak perasan. Jadi halakan topik kepada cerita lain. Tiba² lama beliau terdiam sambil merenung. "Saya rasa saya kenal owk ni, Owk sekolah -- dulu kan?". Alamak kantoi. Senyum je lah.. "a'ah.." "Sebab tu saya rasa kenal owk, kalau yang pernah buat kes² besar ni memang cikgu² ni kenal.." mak ayah bahan semua gelak.. Jeng kering. Pergh, dari 700-800 pelajar dalam satu sekolah, kalau kata satu form ada dalam 150 student. Dari 2005-2013 lebih kurang 1200 student dah graduate tiap² tahun. Tapi memori terhadap kita masih kuat sebab ingat kes kita...
.
Kalau fikir masa sekolah dulu. Banyak kes sekolah yang buat. Atas kertas memang salahlah, memang kita patut dihukum. Tapi dalam fikiran duk kata tak salah, tapi dalam hati rasa ada juga salahnya.. idok ke pening tu. Ada benda niat kita baik, tapi mungkin cara kita salah. Yup.. rasa ini ayat terbaik untuk describe. Walaupun kesan baiknya ada kita boleh nampak sekarang, tapi salah tetap salah kan.. (Tak nak juga ngaku 100% salah tu..).
.
Ala kulli hal. Syukur kerana temukan kita dengan Syeikh Nur, Habib Ahmad al-Maqdi, Syeikh Rohimuddin, Sidi Dr. Lokman Azhari, para Habaib Hadramout. Temukan kita dengan Kitab Ta'lim Muta'allim, As-Sofahat Min Sobril Ulama. Semua inilah yang menegur n mendidik kita. Betapa berharganya Adab dalam menuntut ilmu. Adab dengan guru.
.
Kalau peluang 15 tahun lalu berulang kembali. Rasanya ada satu kes yang rasa nak sangat buat. Panggil Ustaz luar baca Kitab Adab di asrama n collect duit dari pelajar yang tak jemaah subuh... Acah je.. Sayang adik² semua ye. Maafkan salah silap deh.
.
Moga Allah rahmati, ampuni, sayangi dan masukkan guru² kita ke Syurga Firdaus tanpa dihisab. Moga Allah hilangkan terus azab kubur lantas membuka seluas²nya pintu² syurga buat guru² kita yang telah pergi. Ustaz Rizal, Ustazah Selamah, Ustaz Nazari Ahmad dan juga guru² yang lain. Rindu kalian.