Rabu, 25 Mac 2020

Cantik budaya ilmu

Mantan Mufti Mesir. Syeikh Ali Jum'ah pernah ditanya, tentang inisiatif di sebahagian masjid². Yang menyediakan taman permainan, di perkarangan masjid bagi kanak². Syeikh Ali Jum'ah kata bagus, kerana boleh tarik hati kanak² jadi suka kepada masjid.
.
Teringat Habib Ahmad al-Maqdi. Kalau waktu kelas, Habib akan suruh anaknya duduk di saf hadapan. Ikut dengar pengajian bersama pelajar yang lain. Malah, pernah suatu ketika. Anak Habib sendiri, yang umurnya dalam sekolah rendah, bertanya masail kepada Habib dalam pengajian.
.
Pernah dulu. Masa tu khidmat kepada guru. Uruskan sebuah majlis di Kaherah. Sementara menunggu waktu, lepak di surau rumah Pahang Asyir. Perasan ada seorang budak arab tengah baring bersama kawannya, budak melayu. Lama lepas tu, baru tau, itu anak kepada Habib Omar bin Salim bin Hafiz.
.
Seronok tengok di Pondok Seri Damai. Khususnya kelas pagi Ahad. Pakaian pelajar yang datang belajar pagi Ahad (10.30-12.30tgh) agak bebas. Agak berbeza, dengan waktu malam. Malam, rata-rata pakai jubah atau baju melayu berkain pelekat. Pagi Ahad boleh lihat macam² 'pesen' orang.
.
Ada yang pakai seragam tentera, tengah standby, lepas kelas terus salin pakai kasut boot. Ada profesor madya dari IPTA. Kalau sembang pasal fizik dalam group wasap, memang tak jejak bumi mendengarnya. Ada pegawai tinggi di Putrajaya, tau² jadi auditor kepada kerajaan negeri. Ada kerabat diraja. Ada pemilik stesyen minyak. Ada pemilik kedai Hardware. Ada kontraktor. Ada Technician. Ada guru pakar Bahasa Arab di sekolah berasrama penuh, taupun bila jumpanya jadi hakim pertandingan ilmiah peringkat Negeri. Ada pegawai JAIP. Duduk bertalaqqi, sambil ditemani anak-anak.
.
Cantik budaya ilmu sebegini. Sebab, ada benda orang mahir. Ada benda tidak. Jadi, bila jadikan majlis sebegini sebagai aktiviti mingguan keluarga. Secara tak langsung, tuntutan Fardhu Ain keluarga dapat mereka isi. Disamping mengisi masa cuti.