Alhamdulillah. Biasa apa yang aku buat dalam hidup, Allah berikan petunjuk. Biasanya ia hadir dalam bentuk petunjuk dari ayat al-Quran. Sama ada ketika aku sedang mengajar, aku sendiri baca atau terjumpa lalu di wall Facebook. Alhamdulillah, biasanya ia tuju tepat dengan realiti kehidupanku. Adakala melalui kalam guru²ku semasa pengajian.
Namun yang unik tentang Cik Tunang. Takde. Takde ayat yang macam merestui pertunanganku ini. Sebaliknya, sejak aku taqdim Cik Tunang, banyak pula ayat cerai yang aku jumpa. Aku sangat takut. Aku tak kata aku ni ahli nujum. Tapi ayat al-Quran yang aku baca biasanya melingkari diari kehidupanku. Bukan aku sengaja baca atau rancang, tapi memang terjadi sendiri. Ya Allah, walau aku cuba nafikan, aku ni terlalu over-thinking. Tapi jauh di lubuk hati, aku benar² bimbang. Adakah Allah redho dengan keinginanku untuk jadikan Cik Tunang sebagai isteriku? Dalam tiga bulan juga masalah ni berlegar. Tapi, hatiku dah makin terikat dengan Cik Tunang. Malah siap dah bertunang lagi. Keluarga semua tahu. Ah sudah.. Janganlah clash pula... Nauzubillah.
Allah Maha Pengasih. Dalam 2-3 minggu ni aku mula tersedar. Aku telah menduakan cintaku kepada Allah.
Ingatan dan rasa cintaku kepada Allah sedikit² dilitupi rasa hati ku terhadap Cik Tunang. Ingatanku kepada Cik Tunang melupakan aku kepada Allah. Fikiranku sentiasa memikirkan Cik Tunang, lantas semakin kurang memikirkan Allah. Sedangkan Cik Tunang tu hanyalah makhluk yang Allah cipta. Rupanya aku dah hanyut. Namun apa aku nak buat? Aku jadi klu.
Whatsapp dari Cik Tunang okey je. Nampak Cik Tunang berjaya mengawal diri. Cuma akulah, langsung lari dari peribadi aku yang dulu². Yang sangat menjaga ikhtilat. Dulu usahkan nak bercinta, bermesej yang membuai. Nak jeling perempuan pun aku elak. Hatta sekarangpun, aku memang tak tenung wajah Cik Tunang walau melalui gambar. Cuma dua kali aku tatap gambar wajah Cik Tunang. Waktu lepas taqdim n waktu lepas sarung cincin tunang. Itupun sebab diajar dalam kitab. Lepas pada tu atau sebelum² tu memang aku tak tatap wajah Cik Tunang. Taik lalat atau jerawat pun aku tak tau kat mana (kalau adalah). Tapi part mesej lah yang nampak aku agak berlebih². Nampak ayat nak mengorat.
Whatsapp dari Cik Tunang okey je. Nampak Cik Tunang berjaya mengawal diri. Cuma akulah, langsung lari dari peribadi aku yang dulu². Yang sangat menjaga ikhtilat. Dulu usahkan nak bercinta, bermesej yang membuai. Nak jeling perempuan pun aku elak. Hatta sekarangpun, aku memang tak tenung wajah Cik Tunang walau melalui gambar. Cuma dua kali aku tatap gambar wajah Cik Tunang. Waktu lepas taqdim n waktu lepas sarung cincin tunang. Itupun sebab diajar dalam kitab. Lepas pada tu atau sebelum² tu memang aku tak tatap wajah Cik Tunang. Taik lalat atau jerawat pun aku tak tau kat mana (kalau adalah). Tapi part mesej lah yang nampak aku agak berlebih². Nampak ayat nak mengorat.
Satu malam, ketika hujan aku berdoa. Moga ikatan pertunangan kami ini tidak diliputi maksiat.
Maha Suci Allah. Esoknya ada sahabat lamaku whatsapp. Bertanya khabar. Namun sebelum habis perbualan, sempat ia bertanya tentang pertunanganku, dia ingatkan aku. Supaya jangan buat maksiat. Dia ingatkan aku tentang karya² Fatimah Syarha. Karya Fatimah Syarha banyak tegur pasal bercinta sebelum kahwin ni. Aku jadi tersentak. Bersyukur pada Allah, aku rasa doaku dimaqbulkan. Allah sedang menegur kesilapanku. Aku semakin punyai kekuatan, untuk tinggalkan maksiat hati ini.
Kemudian tamparan kedua aku terima. Bila beberapa hari, whatsapp Cik Tunang lain macam, macam nak tak nak balas. (bukan mesej apa², just mesej nak maklum tentang catering n sebagainya je) Aku dapat rasakan Cik Tunang terfikir perkara yang sama. Namun sengaja aku tanyakan juga. Subhanallah, betul. Cik Tunang cuba nak elakkan maksiat. Allahu Akbar, syukur sangat pada Allah. Tekadku untuk bertaubat dan berubah makin kuat.
Aku reset balik hatiku. Aku berdoa pada Allah. Moga Allah hadirkan rasa sayangku kepada-Nya melebihi segala²nya.
Alhamdulillah, Allah hadirkan kembali nikmat rasa mencintai Allah. Ayat al-Quran yang aku baca mula menunjukkan tanda positif terhadap ikatan yang inginku bina. Cumanya ayat al-Quran banyak mengisyaratkan supaya melebihkan Allah dari segala²nya dan besar ganjaran bagi yang memilih Allah.
Iya. Imroatul aziz mungkin pernah menggoda Nabi Yusuf. Waktu itu cintanya adalah cinta syahwat, lantas mereka tidak dapat bersama. Namun setelah Saidatina Zulaikha insaf, bertaubat dan kembali kepada Allah. Hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah melebihi segalanya, melebihi cintanya kepada Nabi Yusuf.as sendiri. Ketika itulah Allah hadirkan cinta Saidina Yusuf.as kepadanya.
Iya. Mungkin dulu aku terlalu try hard. Maklumlah cuba nak miliki hati Cik Tunang, nak ngorat n buatkan Cik Tunang jatuh hati kepadaku. Mungkin caraku itu salah seperti Imroatul Aziz. Sepatutnya aku menjaga hubunganku dengan Allah, penuhi dengan cinta Allah melebihi segala²nya, lalu biarlah Allah yang menentukan siapakah makmumku. Adakah aku dan Cik Tunang jodoh terbaik.
Aku mohon maaf kepada-Mu Allah. Kau pelihara dan berilah taufiq buat kami berdua. Pandulah kami melalui jalan yang benar yang Engkau redhoi. Satukanlah kami sebagai suami isteri. Hadirkanlah ke dalam hati kami rasa saling sayang dan mencintai setelah dari berkahwin n kekalkan perasaan itu buat selama²nya. Namun untuk perasaan sebelum kahwin, engkau pilihlah yang terbaik buat kami.
Buat Cik Tunang (Itupun kalau Cik Tunang berjaya jumpa blog ni). Saya mohon maaf kerana bermula kemudi dengan tempang, dalam memelihara frame pertunangan kita. Moga Allah sentiasa memelihara, memandu dan meredhoi segenap tindakan kita. Moga kita dan keturunan kita menjadi kekasih Allah. Dapat bersama di syurga Allah dan seterusnya kita saling bersama gembira bertemu Allah.
Allahumma Ameen.