Selasa, 24 Mac 2020

Hadir hati dalam beramal.

Ustaz Daud Che Ngah pernah cerita. Suatu ketika beliau pernah bawa satu group jemaah musim haji. Ditaja oleh sebuah syarikat besar. Ada seorang jemaah, sebaik 3-4 pusingan tawaf, terus balik ke hotel. Musim haji kan biasa sesak orang tawaf.
.
Jadi Ustaz tanya; "kenapa balik? Tawaf kan tak selesai lagi 7 pusingan".
Dia kata; "penat".
Ustaz balas; "Memanglah penat, tapi kalau buat tak cukup, umrah tak sah, kena bayar dam lagi kalau langgar pantang larang ihram".
Dia balas; "Ustaz, saya pergi sini bukan sebab saya nak, tapi orang yang beria sponsor".
.
Bayangkan lepas tu berapa hukum yang terkait dengan dia. Sebab dia masih lagi dikira seorang yang sedang berihram. Ihram bukan boleh main macam solat, niat batal terus batal. Sebab tu penting belajar Falsafah Haji n umrah. Bagi rasa zuk dan hadir hati dalam beribadah. Topiknya biasa di awal buku panduan.
.
Dalam mana² muqaddimah Kitab atau bab. Biasanya akan dimulai dengan kalam targhib (nak menggemar). Sebahagian yang lain akan mulai dengan Mabadi' asyarah (ruang lingkup ilmu tersebut). Teringat Habib Ahmad n Sidi Dr.Lokman wajibkan pelajar² mereka hafal nazom-nya. Supaya Tolibul Ilm nantinya lebih bersemangat n nampak hala tuju belajar.
.
.
.
إن مـــبادئ كل فن عشرة *** الحد والموضوع ثم الثمره
وفضلــــه ونســــبته والـــواضع *** والاسم الاستمداد حكم الشارع
مسائل والبعض بالبعض إكتفى *** ومن درى الجميع حاز الشرف