Rabu, 25 Mac 2020

Keluarga askar

Rasanya yang ada keluarga askar. Semua faham.
.
Saja nak share pengorbanan mereka. Dari kaca mata keluarga terdekat.
.
Ada sorang abang sepupu. Masa mula join askar dulu. Dia punya tagline kami dah tau: "Alang kepalang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Tu dia tuju ke Komando terus. Tingkat paling payah. Rintangan usah ceritalah. Koi nak cerita malas, takut jadi fitnah. Dari sekian ramai yang join, hanya beberapa kerat yang grade. Yang mati pun ada.
.
Baru ni koi tanya zaujah dia. Dia ada balik? Ada, jaga anak kejap sebab bini kursus. Malam tu bini dia balik. Bini dia bangun tidur esok, dia dah hilang. Hantar mesej bagitau dah gerak ke medan.
.
Kalau ingat beberapa tahun lepas. Ada satu waktu, banyak kes bunuh di Malaysia. Sampai timbalan ketua pengarah kastam Malaysia mati ditembak. Waktu tu, orang sibuk kata pembunuh upahan yang menyelinap dari Thailand. Masa borak dengan abang sepupu tu, baru koi tahu. Dia antara yang terbabit di barisan hadapan dalam ops di sempadan Kelantan-Thailand tu. Punyalah bahaya, rupanya orang belah Thai sana, budak-budak je pun, tapi pistol dalam beg sekolah. Tu belum cerita orang tua lagi.
.
Masa kita duk kecoh pasal penculikan di Sabah dulu (sekarang pun. Cuma waktu zon penampan Esszone tu baru viral). Rupanya dia dah awal-awal ke sana. Cerita pasal dia berbalas tembakan. Kisah dia bertempur dengan musuh. Ada kisah-kisah yang gempak, tapi dia tak bagi cerita ke public sebab libatkan keselamatan negara (Mungkin kerajaan waktu tu tak nak bagi suasana panik).
.
Waktu tu baru koi perasan. Tiap kali ada berita kedaulatan negara diceroboh, mesti dia awal-awal dah kena hantar ke situ.
.
Waktu di Lubnan sedang bergolak (sekarang tak pasti selesai atau belum). Dia dihantar ke sana sebagai anggota MALBAT PBB. Walaupun sebagai pengaman atau orang tengah. Tapi bila dah di kawasan konflik macam tu, dia terpaksalah hadap. Katanya peluru lalu atas kepala.
.
Koi ingat lagi, mimik muka pakcik dan makcik koi (mak ayah dia) punyalah risau, masa mula-mula dia jadi askar dulu. Rasanya cerita-cerita dalam tentera ni hanya diberitahu kepada kami. Tapi mak ayah dia tak tahu rasanya. Wallahua'lam.
.
Pernah dia cerita. Waktu latihan komando. waktu malam, mereka kena terjun dari udara guna payung terjun dan kena mendarat  tepat di sasaran. Ada seorang pelatih wanita dan jurulatih. Berlaku masalah teknikal, mungkin payung terjun tak dapat dibuka. Jatuh terhempas dan berkecai di bumi. Maka askar ni pun kutiplah daging mana yang dapat. Realiti tentera.
.
Sekarang kita perasan. Kalau bercakap dengannya. Cara bercakap dah berbeza berbanding masa sekolah dulu. Matanya kini lebih waspada. Sentiasa meliar ke sekeliling, macam tengah ber-awas pun ada. Dia ada juga mengadu, lututnya dah beri signal. Mungkin kesan hentakan masa mendaratkan payung terjum dulu katanya.
.
Pengorbanan tentera kita ni besar. Cukuplah koi tengok Abang sepupu koi. Rasanya tak terbalas jasa mereka. Moga Allah berikan pahala Syahid buat mereka semua. Allahumma Ameen.