Rabu, 25 Mac 2020

Pahang Medical Centre (Hospital Pakar MUIP), Kuantan;

Suka tentang PMC ni. Mula² masuk doktor n staf mereka dah ingatkan pesakit kepada Allah. Nasihat agar bersabar, tanya pesakit solat bagaimana. Malah, mereka turut bekalkan kit ibadah. Dalam tu ada botol mengandungi debu tayammum, ada sejadah, kopiah, pelapik tayammum, botol spray.
.
Dari sudut layanan. Staf-nya baik², doktornya lemah lembut, menu makanan boleh pilih nak western/selera tempatan. Sekali tekan button, terus staff tanya apa boleh bantu. Waktu melawatnya, biasalah dalam 11 malam last. Tapi kalau datang lewat pun tiada masalah.
.
Dari sudut perkhidmatan. Jika dulu terbatas kepada rawatan ibu bersalin. Kini PMC MUIP telah punyai pakar yang ramai dalam pelbagai cabang konsultansi. ORTHOPAEDIC SURGEON, PAEDIATRICIAN, GENERAL & COLORECTAL SURGEON, CARDIOLOGIST/PHYSICIAN, ANAESTHESOLOGIST, RADIOLOGIST, GENERAL & VASCULAR SURGEON, OBSTETRICIAN & GYNAECOLOGIST (O&G), EAR-NOSE-THROAT & HEAD-NECK (ENT), UROLOGIST, OPTHALMOLOGIST.
.
Sekian.
.
Maju terus MUIP