Sabtu, 21 Mac 2020

Wajah lelaki juga fitnah

Alhamdulillah. Was solatu was salamu 'ala Rasulillah. 

Mulanya aku tak perasan hal ini. Aku ingat wajah lelaki tidaklah naikkan syahwat wanita. Tapi Allah nak tunjuk, bila aku belek kitab, terjumpa amaran² ini. Bila aku buka page² di Facebook, rupanya memang berlaku. Boleh tengok komen wanita yang sempat aku screenshot ini. Malah aku pernah jumpa yang lagi teruk lagi. Sebab tu dalam al-Quran perintahkan lelaki dan wanita untuk tundukkan pandangan. Bukan lelaki sahaja. Baru aku teringat kisah Nabi Yusuf.as, bagaimana imroatul aziz punya tergilakan Nabi Yusuf.as.
.
وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآئِهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآئِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٰنِهِنَّ أَوۡ بَنِيٓ إِخۡوَٰنِهِنَّ أَوۡ بَنِيٓ أَخَوَٰتِهِنَّ أَوۡ نِسَآئِهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِي ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٰتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
-Sura An-Nur, Ayah 31
.
Kita pun tak lupa, beberapa tahun dahulu, sewaktu artis korea buat persembahan di pentas. Dengan mudahnya beberapa anak gadis melayu membiarkan artis² itu memeluk mereka. Padahal mereka bertudung tu, bukan free hair. Allahu rabbi.. remuknya rasa hati. Melihat maruah dan harga diri wanita muslimah.
.
Juga kalau masih ingat komen² berkenaan satu gambar artis lelaki yang menampakkan bentuk kemaluannya, bila baca komen. Pergh.. tak sangka lalu muslimah kita. Teringat lagi masa sekolah menengah dulu, ada satu artis lelaki yang muka sangat jambu, bila dia pergi ke satu taman tema air. Terkejut tengok betapa histeria kaum muslimah. Begitu juga ketika ada artis yang datang ke Indonesia, muslimah Indon begitu juga histerianya. Sampai ada yang menangis. Teringat baca komen di Youtube, video nyanyian seorang artis, yang puluh tahun dahulu, waktu itu mukanya memang jambu. Baca betapa meltingnya muslimah kita dengan rupa artis tersebut. Allahu Rabbi. Takutnya kalau terjadi pada keluarga kita.
.
Dalam Kitab Sairus Salikin ada Imam Ghazali kisahkan, bagaimana para sahabat Rasululullah.saw menyumbat segala tingkap dan lubang² dipagar rumah, supaya kaum wanita tidak dapat melihat kaum lelaki.
.
Saidina Muaz bin Jabal.ra pernah memalu isterinya (dalam Islam ada diajarkan cara memalu yang benar) kerana isterinya menelek akan jendela dan isterinya memberi buah tuffahah yang telah dia makan setengah kepada hamba lelakinya. 
.
Kata Hasan al-Basri. Adakah kamu tinggalkan akan perempuan kamu bersesak² akan laki² yang banyak di dalam pekan? Menjahatkan Allah taala akan seseorang yang tiada cemburu.
.
Begitu juga Saidatina Aishah.ra pernah berkata. Andaikata Rasulullah.saw mengetahui akan barang yang didatangkan oleh perempuan yang kemudian daripada kewafatannya, nescaya menegahkan baginda akan mereka keluar daripada rumah mereka ke dalam masjid atau lainnya.
.
Kata Imam Ghazali. Dan apabila keluar perempuan itu maka sayugianya bahawa memejamkan ia akan penglihatan itu daripada melihat akan laki², dan tiada aku kata bahawa muka laki² itu aurat pada hak perempuan seperti muka perempuan itu aurat pada hak laki², tetapi adalah muka laki² itu seperti muka kanak² yang muda belia pada hak laki², maka haram melihat akan dia pada ketika takut fitnah, dan jika tiada takut fitnah maka iaitu tiada haram.









Komen muslimah kita bila seorang artis lelaki menunjukkan bekas kemaluannya.


Gambar muslimah kita dipeluk dan memeluk artis korea