Selasa, 24 Mac 2020

Memahami Generasi Z.

Baru² ini seorang teman luahkan rasa stress. Katanya pelik sungguh dengan budak sekarang. Dia denda pelajar berdiri, sebab satu kesalahan. Namun, pelajar itu masih main² waktu berdiri, katanya tak nampak langsung muka menyesal. Baginya dia dah cukup garang dah berbanding guru lain.
.
Berbeza dengan kita dahulu. Mula² mungkin kita main² dalam kelas. Tapi bila kena denda berdiri atas bangku. Rasanya satu kelas akan sepi. Sebab tahu guru dah capai had marah, biar guru tak rotan pun. Generasi Z adalah generasi yang tak takut berbeza pendapat, namun mudah tunduk dengan hujjah yang logik dan rasional. Zaman Generasi Z, rotan sudah dianggap jenayah besar.
.
Tahun lepas sengaja sembang dengan beberapa ex-pelajar diploma sebuah institusi. Sebaik tamat diploma, mereka terus kerja sambil ambil degree secara PJJ. Sangat bijak. Dia boleh book tempat awal dalam industri. Sambil hujung minggu ambil degree secara PJJ. Untuk naik pangkat, majikan takkan tanya degree tu full-time atau part-time. Plus, dia juga tak terikat dengat PTPTN sebab dia boleh bayar yuran pengajian secara cash. Jika generasi Y pentingkan pembelajaran secara formal dan teori. Generasi Z lebih percayakan pembelajaran secara maya, praktikal kehidupan dan try n error.
.
Dalam satu kelas Generasi Z. Jika tidak berpuas hati dengan seorang pelajar, kawan²-nya akan hamburkan terus ammarahnya kepada guru. Kerana generasi Z terbiasa dengan dunia individual dan nak cepat, setiap apa yang dia nak, gadget akan buat segera. Berbeza dengan generasi dahulu yang memandang dari sudut politik dan kesan sesuatu tindakan. Kerana itu dulu pelajar akan elak dari mengadu, sebab takut dicop manja atau mandom. Malah dia juga mungkin akan dipulau pula oleh kawan². Zaman sekarang? Siap ada google form atau adukan sahaja di web. Anonymos.
.
Dakwah dalam generasi Z juga sudah berbeza. Kerana mungkin sebahagiannya dalam seminggu hanya berapa kali jumpa manusia, sebahagian besar masanya berada di alam maya. Kerja, bersosial, bersembang, beli belah, semua di alam maya. Kerana itu bila meletup virus tik-tok dan Bigo. Mau demam kejap Pejabat Agama mikir nak tangani. Ke tak terfikir pun lagi?
.
Generasi Z adalah mereka yang lahir diantara tahun 1995-2010. Kini berumur antara 9-25 tahun.
.
.
Rujukan:
Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya (2020)