Selasa, 24 Mac 2020

Memahami Masyarakat.

Antara penceramah yang diminati pelajar waktu ini ialah Ustaz Auni. Watak yang sinonim dengan kajian peristiwa akhir zaman. Bila dicongak balik zaman belajar kita, waktu umur belasan tahun dahulu, rasanya memang topik konspirasi, Dajjal, Imam Mahdi, peristiwa akhir zaman antara topik yang kita juga minat. Sebab menarik kan. Tapi bila fikiran dah makin sarat dengan komitmen. Sebahagian kita dah mula beralih kepada ceramah² yang santai, Ustaz Badlishah, Ustaz Kazim, Ustaz Somad, Kh.Zainuddin MZ atau tasawwuf seperti Syeikh Rohimuddin. Atau mungkin juga ceramah yang berkait dengan kita. Contoh ceramah Ustaz Lutfi Muharram atau dulu Ustaz Fadhli al-Yamani bila bahas bab Fiqh. Dr.Aiman Suaid bila bahas bab Tajwid. Tapi tak nafi, masih ramai yang minat ceramah berat².
.
Tahun 2007 pernah ke sebuah sekolah di Nenasi. Sekolah rendah. Untuk runtuhkan ice-blocking tu, petik beberapa nama pemain bola. Pemain² yang biasa adik² waktu tu minat. Sebaik habis ceramah, ada seorang guru sekolah terbabit bisik, kalau kamu ambil contoh² artis mesti lagi diorang suka, sambil guru itu beri contoh beberapa nama artis. Katanya, ada pelajar yang sampai letak gambar artis kesayangan mereka tu dalam dompet.
.
Kata teman, orang kampungnya di Jerantut suka beno kalau dengo ceramoh PU Mizi. Loghat dia tu pekat beno. Abi pernah pesan. Ceramah dengan orang tua² ni jangan cakap laju². Orang tua² tak sempat nak tangkap. Satu hari, selepas selesai kulliah subuh. Ada seorang jemaah datang dekat, bisiknya istilah talqin bagi orang nazak tu elok ganti dengan "ajar mengucap", baru orang faham. Kalau tidak, diorang keliru dengan istilah talqin lepas kebumi, waktu kat kubur.
.
Ikutkan dalan kitab mana sebut "ajar mengucap". Baik Bughyah Tullab atau Sabil al-Muhtadin. Kitab arab lagilah. Tapi, itulah istilah paling terbaik kita guna. Sebab tak jadi ayam itik.
.
Satu hari, bawa satu cerita depan sekumpulan pelajar 40-50 orang, baya 18-19 tahun. Cerita tu berangkai, jadi nampaklah yang lelaki muka tertanya², "nak cerita apa ni?". Jadi stop kejap. Jump to conclusion, bagitau tujuan cerita tu nak bagitau sekian² pengajaran. Bila dah clear. Baru cerita kronologinya. Satu kelas gelak. Bagitau, cara fikir lelaki n wanita ni tak sama. Jadi nak kena rai dua² pihak.
.
.
Pesan Ustaz Nazrul Nasir;
.
لكل مقام مقال.
" Setiap maqom itu berbeza laras bahasa yang kita kena guna.."