Bulan November-Disember, Malaysia terkenal dengan bulan dawroh kitab. Punyalah ramai ulama yang datang. Kalau minggu lepas Dawroh bersama Baba Mat Mawi. Minggu ni, bersama Syeikh Mustafa an-Nadwi pula.
.
Kebiasaan. Kalau ulama yang hadir tu min kibaril ulama (ulama besar). Maka biasanya kelas² setempat akan tawaqquf (berjeda seketika), semua akan pakat mari ke pengajian syeikh tersebut. Namun, jika tok guru tak tawaqquf. Teringat pesan guru, dahulukan kelas yang kita dah mulazamah dahulu (sentiasa follow). Jangan sampai guru kita terasa hati. Lantaran pengajiannya kosong, sebab semua murid pergi ke majlis dawroh, bersama ulama lain.
.
Pesan Syeikh Rohimuddin an-Nawawi;
.
الأدب فوق العلم.
.
" Untuk beroleh ilmu, maka perlu dahulukan adab.."
.
Habib Ahmad al-Maqdi selalu pesan, berkait budaya tukar² guru;
.
"Kalau selalu tukar² bas diperjalanan. Mula pergi ke utara, lepas tu tukar bas ke selatan. Jap lagi ambil timur, kemudian ambil bas barat pula. Maka, kita takkan sampai ke destinasi. (Saja ganti tempat² yang Habib sebut dengan istilah mudah kita faham )
.
Sebab tu. Kalau nak naik bas. Istimrar dengan bas tu. Walau sebuah, tapi akan sampai tepat ke destinasi". Insha Allah.
.
Ini bagi yang dah mulazamah dengan satu² pengajian. Tapi bagi yang baru nak tercari² kelas yang serasi. Memang penuntut dituntut untuk memilih. Seperti tercatat dalam Kitab Ta'lim Muta'allim. Imam Abu Hanifah. Setelah lama taammul dan tafaqqur (perhati dan berfikir), maka Sang Imam dapati, dia memang sesuai mengaji dengan Hammad ibn Sulaiman.
.
وجدته شيخا وقورا حليما صبورا في الأمور.
.
ثبت عند حماد بن سليمان فنبت.
.
" Aku dapati Hammad ini luas ilmunya, mulia budi pekerti, lembut pada tingkah laku dan sabar dalam pelbagai perkara.."
.
" Aku telah lazimi (18 tahun) Hammad ibn Abi Sulaiman, maka barulah aku tumbuh.."