Ceritalah beberapa fakta dan analisis perkara semasa. Dia tanya, ambik dari mana? Beritaulah satu page yang terkenal dengan penulisannya. Terus teman baik tadi mencebek. Weik katanya..
.
Teman ni memang tak minat membaca. Apatah lagi tulisan berjela. Walhal analisis tu sangat logik, bernas n rasional kot. Kata kat dia "Ya Allah ruginya.. ".. Walau tak nafi, info yang ia tahu boleh tahan.
.
Satu hari, tiba giliran teman baik pula promo satu IG ni. Kupasan dalam video tu katanya sangat best, detail n out of the box. Maka tibalah pula giliranku untuk mencebik.. weik .
.
Bukan sebab tak minat tonton video. Suka je. Lawak, travel, mokbang, ceramah Ustaz Somad, KH Zainuddin MZ, malah Syeikh Rohimuddin tu saluran wajib pasang kalau drive. Tapi kalau untuk analisis isu semasa, mungkin bukan pilihan pertamalah kot. Mungkin pilihan ke 69 .
.
Berbezakan manusia . Mungkin tu lah penyebab kita jadi rapat (Di samping 1001 persamaan dan perbezaan yang lain). Walau adakala rasa geram juga, kenapa-lah dia tak minat satu benda tu, walhal pada kita best giler ..
.
.
Salam petang Sabtu.