Bila Abam (Syed Umar Mukhtar Aljufri) meninggal. Ramai sungguh yang terkesan n terkejut. Kita memang dah, kenalan terdekat apatah lagi. Tak sangka, rupanya Almarhum dari keluarga Ahlul bait. Aljufri. Kebaikannya mula diperkata, khidmatnya terhadap ibu, layanannya terhadap isteri, keperihatinannya kepada anak, pengorbanannya terhadap adik, kesungguhannya memenuhi permintaan sahabat, bantuannya terhadap orang susah, gigih membantu ngo Islam, sangat sayang kepada pendakwah.
.
Dulu masa diploma. Pernah kami dijemput membaca al-Quran di rumah seorang yang baru meninggal. Mula sampai rasa pelik. Ramainya orang tu satu. Dan paling ketara, kelihatan semua beria nak sumbang bantuan tenaga. Pihak YP milik Kerajaan Negeri panggil student untuk baca al-Quran. Pimpinan PAS (waktu tu tak baik dengan UMNO lagi) ada yang uzur datang berpimpin untuk ziarah. Dan banyak lagi. Siapa orang ni? Rupanya setelah diriki², sewaktu hidup dulu tugas Almarhum adalah menguruskan jenazah. Yang buat ramai terharu. Bila ada sahaja ahli masyarakat yang meninggal, Almarhum akan uruskan jenazah tu dari A-Z. Keluarga si mati dah tak perlu pening. Tak hairan ramai yang terhutang budi.
.
2 Julai 2019. Seorang yang amat disayangi, dihormati dan dijadikan idola meninggal. Ramai yang "curhat" perkara yang sama. Ramai memanggilnya guru, kerana kalamnya yang sarat dengan elemen tasawwuf ketuhanan. Ramai menggelarnya sahabat, kerana sifatnya yang sangat menghargai kenalan. Ramai bersetuju bahawa dia sangat "charming", kerana akhlak pegaulannya yang sangat memikat. Almarhum disemadikan di Kg.Belimbing. Agak jauh dari bandar. Lebih kurang 1 jam 15 minit dari Kuantan. Tapi uniknya, orang yang solat ke atas jenazahnya tak henti². Sentiasa berganti² jemaah. Dari subuh hinggalah pukul 11 pagi. Hatta sehingga dah dikebumi pun masih ada yang datang solat.
.
Bukanlah ramai jemaah yang ingin ditekan. Kerana sahabat agung Abu Dzar al-Ghifari.ra juga meninggal secara sendiri. Sehingga berkata Ibn Mas'ud.ra: "Benarlah ucapan Rasulullah, anda berjalan sendirian, mati sendirian, dan dibangkitkan kembali seorang diri !"
.
Namun syahid (arah pandangan) yang lebih utama. Kebaikan yang telah mereka lakukan. Di dunia lagi dihargai manusia, moga di sisi Allah terlebih lagi. Allahumma Ameen.