Step ketiga bagi pelajar. Setelah selesai tasmik al-Quran ialah proses syahadah. Jika sebelum ini, mereka akan hafaz secara runcit. Kita biasa panggil tasmik, atau sabaq. Satu hari mungkin satu maqra' atau 1-2 muka (Ikut kemampuan pelajar). Pelajar perdengarkan hafalan al-Quran hariannya kepada guru.
.
Dalam masa yang sama. Hafalan tadi perlu di murojaah atau diulang. Inilah kita panggil step kedua. Untuk hafalan terdekat (Kitaran tasmi' terkumpul seminggu), kita panggil Para sabaq. Dan untuk hafalan lama (Semua hafalannya yang terdahulu) dipanggil Amukhta.
.
Namun Tasmik dan Murojaah ini hanya rutin asas. Kemuncak bagi seorang pelajar tahfiz ialah Syahadah. Kerana ketika inilah, ingatan al-Quran nya teruji. Berapa mutqin hafalannya, berapa banyak kesalahan dan lopong kalau ada.
.
Untuk buat syahadah. Perlukan persediaan rapi. Berapa juzuk kena ulang sehari. Berapa kesalahan minima pelajar boleh lakukan. Terdapat 3 jenis syahadah. 10 juz, 20 juz dan 30 juz. Tapi ada juga sebahagian tempat yang wujudkan 5 juz, sebagai satu cara nak naikkan semangat pelajar untuk seronok buat syahadah.
.
Biasanya bagi pelajar yang lancar. Satu juz akan selesai dalam purata 20 minit. Dengan tajwid dan hafalan terjaga. Kalau 10 juz, dalam 3 Jam 20 minit.
.
Kaedah syahadah ni datang dari Asia Selatan. Dan antara pelopor kaedah ini di Pahang ialah Ustaz Ahmad Hamizi. Tak silap saya di Malaysia ni ada 3 tokoh yang bawa masuk kaedah syahadah ini. Satu Ustaz Hamizi, Ustaz tubuhkan Maahad Tahfiz Kubang Bujuk di Terengganu. Satu Tok Guru tubuhkan Miftahul Ulum Seri Petaling di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kedah. Kemudian, barulah sistem ini dikembangkan oleh anak-anak murid mereka. Dan di Kuantan pun dah ada beberapa tempat untuk buat Syahadah. Guru untuk syahadah mestilah pernah buat syahadah juga.
.
Kalau sebelum ini. Soalan "Pernah menghafal al-Quran? Berapa Juz ingat?" antara soalan popular. Mungkin 15-20 tahun akan datang. Soalan "Pernah buat syahadah? Syahadah berapa juzuk?" pula yang akan popular.
.
Kata Ustaz Ahmad Hamizi;
.
"Perjalanan seorang pelajar tu sebagai Penghafaz al-Quran, bermula sebaik dia habis khatam hafalan 30 juz." Camne cara dia nak pastikan al-Quran itu kekal di ingatannya. Satu proses yang sangat susah. Perlu cekal dan istiqamah. Rutin hariannya juga berbeza, sebab dia perlu peruntukkan masa untuk murojaah. Dan ianya mengikat pelajar itu sepanjang hidup. Sehinggalah nyawanya diambil Allah.
.
Teringat Dr.Khairul Anuar USIM (Adik Dr.Zul Albakri) berkongsi kisah. Dia sangat sibuk. Jadi waktu yang dia ada hanyalah sebelum subuh. Jadi waktu itulah dia ambik peluang untuk mengulang. Dr.Khairul Anuar ni (kalau tak silap namanya), anak murid kepada Ustaz Hamizi.