Selasa, 24 Mac 2020

Kepentingan Suhbah

Dalam dua pengajian berbeza. Syeikh Rohimuddin n Habib Ahmad al-Maqdi pernah ingatkan. Amal itu diperolehi dengan dua perkara, pertama ilmu dan kedua suhbah (bergaul). Dan diantara keduanya, suhbah itu terlebih kuat kesannya.
.
Ada seorang teman. Tinggal lebih kurang 45 minit dari Pondok Dar Salam, Kuantan. Rumahnya sudah hampir sempadan Daerah Maran. Setiap hari Tok faqir ni akan bertolak ke Pondok Dar Salam untuk pengajian bersama Tok Ayah selepas Maghrib. Tiap pagi ahad juga berulang, untuk pengajian pukul 10:30 pagi. Dulunya sekadar naik motor, kini barulah naik kereta. Agok² bila teringatkan dia, sanggupkah kita tak hadir pengajian semata² nak shopping di Giant? Rasa bersalah kan?
.
Baru ini teman bercerita. Ustaz Khairul Azmi punya mujahadah boleh tahan. Ustaz boleh habiskan mendengar rakaman Sahih Bukhari yang kitabnya sahaja dah sekian tebal. Apatah lagi  tempoh rakamannya. Ustaz Azhar Idrus punya style. Selain musyafahah dengan guru. Ustaz akan kirim duit kepada temannya yang nak ke Pattani, untuk beli rakaman kaset (waktu tu kaset lagi) pengajian Baba² di sana. Bawa balik Mesia, ustaz akan dengar. Agok² bila dengar, terasa tak nak manfaatkan rakaman² pengajian yang telah di-copy dari teman²? Paling tidak, dengar waktu drive kereta n waktu lapang.
.
Kata salah seorang guru kepada Ustaz Azhar Idrus, guru itu tak bimbang dengan Ustaz Azhar Idrus. Sebab walau apapun cuaca, baik panas atau hujan. Ustaz Azhar Idrus pasti akan sampai juga ke pintu rumahnya untuk talaqqi. Agok² lepas dengar, sanggupkah kita ponteng pengajian disebabkan hujan biasa?
.
Ada seorang kenalan. Sewaktu di Ardil Kinanah dulu. Dua hari hanya sekali makan, disebabkan tiada duit. Sedangkan yuran talaqqi (bukan yuran uni) dia bayar full. Agok² bila kurang duit, terpaksa buat pilihan antara guna untuk pengajian atau kehendak. Manakah pilihan kita?
.
Ada beberapa sahabat yang aktif dalam beberapa al-ittihad al-Islamiy. Komitmen dan semangat mereka luar biasa. Tak luput dek waktu, tak lentur dek zaman. Membujur lalu, melintang patah. Bila diamati, karektor mereka kemungkinan besar dibentuk oleh suhbah dari biah sekeliling yang membina. Kerana itu penting berada dalam biah solehah (biah yang baik).
.
.
Ps: Gambar hiasan. Ditangkap oleh seorang teman, sewaktu Pak Da Eil Krasak datang Surau Haji Mubin.