Di Pasir Tumboh, Kelantan. Khamis malam jumaat. 12 Febuari 2015. Dapat berita Tok Guru baru menghembuskan nafas terakhir pukul 9.40 malam di Pulau Melaka. Tok² Fakir yang lain, yang ada motor bergegas ke rumah tok guru. Kami waktu tu baru lagi masuk pondok, baru sebulan. Jadi hanya mampu berdoa dari jauh je lah. Tak familiar lagi kawasan sana.
.
Esoknya Hari Jumaat. Tak terlintas nak pergi. Jalan, tempat, arah, semua tak tahu. Jadi, walau rakan² duk kelam kabut nak ke sana, kita just relaks je lah pergi mandi kolah, terasa betul lawan arus waktu tu. Balik bilik, terserempak kawan baik, Tok Faqir asal Terengganu. Din namanya. Spontan keluar dibibir, ajak dia pergi solat jenazah Tok Guru. Dia ON. Walhal, lokasi tempat semua tak tahu di mana.
.
Lepas bersiap. Bergegas ke pintu gerbang masuk Pondok Pasir Tumboh. Takdir Allah, dan² terserempak dengan sebuah teksi (padahal, situ memang payah jumpa teksi. Teksi tak lalu. Grab pun takde lagi waktu tu). Terus tahan dan naik. Bagitau nak pergi Solat Jenazah Tok Guru. Pakcik teksi tu teruja benar. Berulang² kali dia ulang ayat "Tok Guru kita kan".
.
Belum sampai ke rumah Tok Guru. Jalan dah penuh, padahal rasanya mau 1-2KM lagi dari rumah Tok Guru. Pakcik teksi tu tak sanggup nak ke depan lagi. Pergh, agak jauh tu. Bayang rumah Tok Guru pun tak nampak. Tapi taqdir Allah lagi, lihat ada ramai orang ikut satu lorong, lalu kawasan macam hutan kecil. Rupanya tu jalan pintas ke rumah Tok Guru. Allahuakbar, keluar betul² depan Maahad Darul Anwar.
.
Lalu celah² rumah tak siap. Menyelit tengah² orang yang telah memenuhi kawasan. Takdir Allah dapatlah satu posisi yang taklah dekat, tapi menarik. Rupanya Tok Guru Salleh Musa (Almarhum) Pondok Sik, Kedah lalu ikut situ. Itulah kali pertama dan kali terakhir lihat Tok Guru Salleh Musa secara berdepan dan dekat. Tok Guru Salleh pakai serba putih sambil berselubung dengan "Toilasan" putih.
.
Solat jenazah diimamkan oleh Tok Guru Haji Hadi. Habis solat ambil kesempatan tengok² kawasan rumah Tok Guru. Tengok kereta dan masjid Tok Guru. Kemudian bertolak balik ke Pondok Pasir Tumboh. Teksi takde. Agak jauh juga jalan kaki, berjam juga rasanya. Alhamdulillah ada juga sudi tumpangkan di tengah-tengah jalan. Kiri kanan, orang berpusu-pusu. Televisyen juga paparkan detik² tersebut secara live.
.
Kenangan sungguh waktu tu.
.
Hari ni pelik benar. Dari pagi tadi teringat Tok Guru. Bila tengok tarikh Tok Guru meninggal. Rupanya lagi 4 hari nak 12 Febuari.
.
Moga Allah merahmati kamu Tok Guru. Besar sungguh jasamu, setiap kalammu pasti mengingatkan kami akan Allah. Alfatihah ila al-Marhum.