Bila tengok kesungguhan anak² murid Tok Ayah khidmat, sebaik dapat tahu Tok Ayah kemalangan tadi. Itulah pemandangan biasa, nak² kalau ada majlis maulid, haflah makan², majlis tahniq n aqiqah atau bila Tok Ayah nak pergi ziarah atau jaulah. Ikutkan, Tok Ayah dah tak perlu buat apa², semua anak murid Tok Ayah uruskan.
.
Teringat ambang Hosni Mubarak jatuh di Istana President tahun 2011 dahulu. Waktu itu muzoharot besar²an berlaku di Medan Tahrir dan seluruh Kaherah. Lalu perintah curfew dikeluarkan. Penduduk arab pakat duk luar rumah n bentuk post kawalan masing². Namun menarik perhatian, beberapa ustaz² lama macam kelam kabut. Rupanya mereka bimbangkan keselamatan Syeikh Mahmud, malam tu mereka bergegas ke rumah Syeikh Mahmud untuk jaga kawasan.
.
Antara moment yang indah waktu di Ardil Kinanah. Bila Majlis Ta'lim bersama Habib Ahmad al-Maqdi. Habib akan bawa Hubabah n anak²nya sekali datang ke Rumah Pahang di Hayyu Asyir. Waktu itu kelihatan semua berikan khidmat, dari tukang sambut, sediakan minum² n halawiyat buat anak² Habib, tukang hidupkan bakhour, tukang qasidah. Meriah betul rasanya.
.
Habib Abdullah bin Syihab dikenali sebagai 'Ain Tarim. Satu ketika dalam satu majlis, Habib Salim as-Syatiri (Sultanul Ulama di Tarim), Habib Masyhur bin Hafizh (Mufti Tarim) dan Habib Omar bin Hafizh (Pendiri Dar al-Mustofa) takkan berikan tausiyah sebelum Habib Abdullah bin Syihab dahulu yang sampaikan.
.
Dalam satu majlis. Habib Omar bin Salim bin Hafizh tidak akan berjumpa dengan murid²nya sebelum Habib Omar bersalam dan mencium tangan Habib Abdullah bin Syihab terlebih dahulu. Habib Omar juga tidak akan tinggalkan suatu majlis sehinggalah gurunya Habib Abdullah bin Syihab anggukkan kepala tanda merestuinya tinggalkan majlis.
.
Habib Omar bin Salim bin Hafizh juga tidak mahu menyentuh gelas kopi yang diberikan kepadanya. Beliau hanya mahu minum dari sisa minuman di gelas Habib Abdullah bin Syihab yang sangat dimuliakannya itu.
.
.
.
Rujukan:
Legasi Cinta Murabbi (Ustaz Muhadir Haji Joll)