Rabu, 25 Mac 2020

Bukanlah pendokong al-Arqam.

Tapi ada satu benda kita boleh sama belajar. Waktu AL-ARQAM diharamkan, mereka menukar identiti kepada RUFAQA. Bila RUFAQA pun terpalit isu, mereka bertukar kepada GLOBAL IKHWAN. Mereka langsung tak serang balas apa orang dah lempar. Mereka elakkan diri dari kontroversi. Habis kuat, just jelaskan perihal diri mereka.
.
Dan sekarang. Pencapaian mereka sangat oh-sem. Kat mana² tempat strategik. Di corner lot Malay Town ECM, sebuah restoran dua tingkat di Telok Cempedak, malah di Taman Guru tu dah ada 3-4 kedai mereka sahaja. Dari dobi, mini-market, pusat rawatan dan kedai makan. Tu belum cerita luar Kuantan, luar Pahang n 412 premis mereka di dalam n luar negara. Rasanya yang benci mereka dah makin kurang, sebaliknya yang kagum dengan mereka pula makin ramai.
.
Ibarat tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berserak.
.
Klu kejayaan mereka: Lari dari polemik, jangan cari gaduh, fokus dengan usaha.
.
.
P/s: Rugi kalau menang jadi arang, kalah jadi abu. Baik sama² g makan Satay Zul di Tok Sira, takpun Satay Saji Suci Sungai Isap. Baru berguna arang n abu tu.