Selasa, 24 Mac 2020

Jadikan Cuti² Syurgawi.

Teringat kalam seorang tokoh. Jamil kalamnya. Ketika bersama anak muridnya;
.
 "ما يفعل أعدائي بي؟ إن جنتي وبستاني في صدري.. إن قتلي شهادة، وسجني خلوة، ونفيي سياحة"
.
" Apa yang musuh nak perbuat padaku? Sesungguhnya syurgaku dan tamanku ada dalam hatiku. Jika mereka bunuh aku, maka aku syahid, jika mereka penjarakan aku, maka itu masa aku beruzlah. Jika mereka buang aku, maka aku boleh pergi bersiar².." (abaikan dulu khilaf² ilmiah antara tokoh ini dengan ulama lain).
.
Khatib al-Baghdadi adalah ahli sejarah dan ahli hadis Kota Baghdad, lahir 392H dan meninggal 463H. Dikisahkan, Khatib al-Baghdadi kadang² berjalan kaki. Sambil memegang kitab yang terus-terusan ditelaahnya. Semuanya dilakukan semata² nak memelihara waktu dan memanfaatkan peluang. Agar tidak terbuang sia² ketika sedang berjalan. Tanpa dimanfaatkan dengan menuntut ilmu.
.
Al-Qadhi Ibrahim bin Jarrah al-Kufi adalah anak murid kepada Imam Abu Yusuf (teman, murid dan penyebar mazhab Imam Abu Hanifah). Ketika Imam Abu Yusuf sakit, beliau datang menziarahinya. Beliau dapati Imam Abu Yusuf pengsan, ketika sedar, Imam Abu Yusuf bertanya kepadanya;
.
"Wahai Ibrahim, apakah pendapat kamu tentang persoalan ini?".
Qodhi Ibrahim: " Adakah persoalan itu sesuai ditanya dalam keadaan begini?"
Imam Abu Yusuf: "Tidak mengapa. Kita kena mempelajarinya, kerana ilmu boleh menyelamatkan orang, bukan?".
Kemudian Imam Abu Yusuf bertanya lagi:
"Mana lebih utama untuk melempar Jumrah ketika ibadah haji? Dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan?"
Qadhi Ibrahim: "Dengan menaiki kenderaan?"
Imam Abu Yusuf: "Salah !"
"Qodhi Ibrahim: "Dengan berjalan kaki?".
Imam Abu Yusuf:  "Salah juga !"
Qodhi Ibrahim: "Jika begitu, sila berikan pendapat Tuan Guru, moga Allah meredoi Tuan Guru."
.
Imam Abu Yusuf lalu menjelaskan:
"Jika di tempat yang dianjurkan berdoa. Sebaiknya jemaah melempar jumrah sambil berjalan kaki. Akan tetapi, di tempat yang tidak dianjurkan berdoa, sebaik²nya ia menaiki kenderaan.
.
Kemudian Qadhi Ibrahim beralih dari sisi gurunya itu. Belum sampai ia di pintu rumah, beliau mendengar suara daripada dalam. Imam Abu Yusuf.rh telah meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.
.
Sidna Abdullah Ibn Mas'ud.ra pernah berkata: " Aku belum pernah menyesali sesuatu, seperti aku menyesali tenggelamnya matahari. Umurku berkurang, akan tetapi amal perbuatanku tidak juga bertambah".
.
من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه.
.
" Antara tanda bagusnya Islam seseorang itu, maka ia tinggalkan apa² yang tak beri manfaat buatnya.." -Hadis Riwayat at-Turmizi.
.
.وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
وَلَوۡ شِئۡنَا لَـَٔاتَیۡنَا كُلَّ نَفۡسٍ هُدَىٰهَا وَلَـٰكِنۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ مِنِّی لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِینَ
.
" Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.. "
" Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
.
-Sura As-Sajdah, Ayah 12-13.
.
.
.
Rujukan:
1. قيمة الزمن عند العلماء
2. Al-Jazeera.net
3. Legasi Cinta Murabbi -Ustaz Muhadir Haji Joll.