Selasa, 24 Mac 2020

Qari² terkenal Mesir.

Teringat kalau nak ke Shoubro dulu. Pukul 7.20 keluar rumah. Jalan kaki ke Toob Ramly lebih kurang 7 minit. Naik tramco ke Ramsis dalam 20 minit, kemudian tukar naik metro ke Khazandarah 10 minit. Radio إذاعة القرآن من القاهرة lah yang jadi peneman. Pasang ear-phone, terus tak hirau dah apa arab buat, sambil mandang ke luar tingkap. Radio-nya simple je. Bacaan quran muqri'² Mesir, petikan ceramah Syeikh Mutawwalli Sya'rowi n Syeikh Ali Tontowi tak silap. Terngiang lagi style Syeikh Mutawwali ceramah. Sampai kelas, kerap juga terlambat. Syeikh Nabi terus sound kenapa lambat, Cakap dari Hayyu asyir, jauh. Terus Syeikh Nabi maafkan: إذا من العاشر ليس مشكلة.. (Kalau dari asyir takde masalah) Tapi sambil buat muka. Gelak je satu kelas.
.
Orang Arab Mesir, dia suka seni mereka sendiri. Walau kat luar kita lebih masyhur dengan qori² dari Ardil Bakkah atau Toybah. Tapi kalau di Gami' atau bawwabat. Pagi² sebelum atau selepas subuh tu, kedai² asir, to'miah, semua pasang Syeikh Mahmud Ali Banna atau Syeikh Khalil al-Khusori. Qari² Mesir best dengar, dari sudut makhraj n sifat tu, jelas betul mereka sebut. Boleh nampak satu². Adalah kadangkala dengar mereka pasang Syeikh Misyhari Rasyid.
.
Lagu mereka minat pun pelik juga. Rentak dia "serabut" betul, ketung ketang doom. (Serabut bukan maksud menghina, cuma tak dapat nak menjiwai rentaknya). Boleh bergegar jantung, bingit. Nak² kalau waktu naik tuk-tuk. Ditambah dengan driver yang gila², main bedal je lawan arah, memang tak tenang perjalanan. Bas n tramco pun serupa ye juga, kalau dan  naik syeikh tu. Dulu Ingatkan mereka suka Amr Diab ke atau yang jenis slow macam Umm Kulthum punya lagu ke. Rupanya meleset. Mungkin geng² muda je kot.
.
Tapi betul juga. Setiap anak-zaman tu mengikut zaman dia. Peraih kita mungkin suka lagu 90-an. Sebab tu kita payah sikit nak puji lagu² sekarang. Masa kecil dulu pernah dengar seorang pakcik kritik lagu² zaman 90-an. Dia lebih suka lagu A.Rahman Hassan, lagu 70-an. Ada seorang makcik bagitau, dia suka lagu zaman P.Ramlee. Lagunya sedap didengar.
.
Itulah. Zaman berbeza² kan.
.
أبج دهز حطي كلم نصع فضق رست ثخذ ظغش