Selasa, 24 Mac 2020

Sembang ambang kerajaan baru.

Kita boleh ada insan yang kita tak setuju. Sama ada Tun M, Anwar Ibrahim atau Tok Guru Haji Hadi. Tapi kita tak boleh nafi mereka ni golongan yang kuat membaca. Lupakan kejap pasal talaqqi dan fiqrah.
.
Anwar Ibrahim contohnya. Sangat ketara banyak membaca. (disclaim: saya bukan penyokong Anwar. Just suka ambil perkara positif). Sewaktu di Universiti Malaya, sewaktu mula PMIUM, PKPIM (sebelum ABIM). Modul atau teks usrah mereka ketika itu antaranya buku Islam At The Crossroad karya Dr.Muhammad Asad. Sebuah buku yang membentuk cara fikir moden. Cara fikir begini mungkin agak kurang selesa kalau diajukan kepada golongan turathi. Tapi menarik juga, sebab sudut pandangnya berupaya melawan pemikiran barat.
.
Sempat berbual dengan beberapa guru yang ambil post-graduate di CASIS UTM. Nampaklah, pengaruh cara fikir Dr.Syed Naquib al-Attas tu ketara. Cuma yang best dengan Dr.Syed Naquib ni, beliau menyelami dunia moden, turath dan tasawwuf. Jadi, semua golongan boleh "adapt" dengan idea beliau.
.
Dr.Syed Naquib al-Attas pernah berbual dengan seorang diplomat dari Bangladesh. Berkait antara orang dahulu dan sekarang, manakah lebih alim? Ramainya akan jawab sekarang sebab semua ilmu dahulu akan sampai ke orang sekarang, namun pengetahuan sekarang, orang dahulu tak tahu. Dr.Syed Naquib beritahu tidak. Orang dahulu lebih alim. Cuba tengok Kitab Lisanul Arab karya Ibn Manzur yang berjilid² itu. Mampukah orang sekarang menghasilkan kitab sehebat itu? Jawapannya tidak.
.
Ada kenalan 50an. Yang suatu ketika dahulu aktif di dunia kampus. Semangat dakwah tu kuat betul, mana² tempat beliau pergi, ada je idea "islamisasi" nak buat. Kata teman, zaman kita sekarang orang minat fikir perkara ringan². Ada betulnya juga (sambil akui dia juga peminat rancangan² lawak), mungkin jarak generasi kita dengan zaman Pan-Islamism tu dah makin jauh. Apatah lagi dengan zaman Uthmaniyah jatuh, tahun 1924 masihi. Jadi, "roh" tu tak sampai ke kita. (disclaim: Saya bukan penyokong Jamaluddin al-Afghani atau Syed Qutb).
.
Begitulah. Sekadar mencoret wacana berbeza.