Belek gambar. Tiba-tiba jumpa gambar-gambar ni. Sajalah story malam minggu ye.
.
Kalau khamis malam jumaat je, memang tahu dah. Mie (Panggilan keluarga kepada Ummi (ibuku)) akan bagi hint ajak jalan ke pasaraya, beli keperluan dapur dan beli benda buat 'ngunyah'. Adakala beli buah tangan buat cucu-cucu angkatnya. Seawal petang Mie dah mention. Adakala dari Zohor. Kalau ada program kena batalkan ! katanya. hehe.
.
Sebab malam lain memang full. Siang pun full. Jadi, Khamis malam jumaat je lah free. Malam jumaat biasa pondok dah cuti mingguan, hanya ada tahlil. Dan memang biasa khamis malam jumaat kita sengaja free-kan. Sebab dah set malam release otak.
.
Tapi kalau kena malam tu ada ceramah atau majlis tahlil. Habis lewat. Memang kesianlah Mie. Sampai-sampai rumah, biasa tengok Mie dah bersiap pakaian semua. Tunggu kat meja. Tapi mujur ada Giant. Sebab Giant tutup pukul 11 malam. Pasaraya lain pukul 10 malam dah tutup kan. Isya habis dalam pukul 9, bersiap, panas kereta. Adalah dalam sejam ke sejam setengah nak ronda-ronda.
.
Mie selalu pesan. Katanya kalau dia nak pergi nanti. Jangan tinggalkan dia. Kena duk tepi dia, pimpin dia mengucap.
.
Mie cakap. Kalau Mie meninggal dulu nanti. Dia nak dikebumikan di Kampung Pandan (sekitar rumah ni banyak tanah perkuburan). Mungkin Mie nampak ke tepi masjid tu, suasana orang beribadah.
.
Suka tempat yang orang pondok selalu lalu lalang. Sebab tok-tok faqir ni tau nak baca apa waktu lalu, buat sedekah kita kat dalam. Selain tempat yang dekat. Dalam kitab diajar untuk sedekah;
.
1. Bacaan Surah al-Ikhlas 11 kali.
2. Bacaan Surah Yaasin.
3. Bacaan Surah al-Mulk.
.
Untung jadi Orang Islam ni. Bagi kita tiada dinama berpisah selama-lamanya. Nanti sampai masa, kita bertemu di akhirat pula. Umur Umat Nabi Muhammad pun 60-70 tahun je. Cuma waktu hidup ni, nak buat sesuatu kenalah fikir panjang. Kena banyak fikir nak untung akhirat. Kerana itu kita berhajat kepada Allah untuk membantu kita yang lemah. Kitakan الفقير.
.
Kat pondok selalu guna istilah الفقير. Sebab apa? Sebab الفقير itu maksudnya yang mengharap. Harapkan apa? Ada taqdir yang dihazaf. الفقير إلى الله. Yang bergantung harap kepada Allah;
.
كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ
.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 185.