Selasa, 24 Mac 2020

Antara fakta dan doktrin ilmu.

Teringat pesan seorang guru. Antara sebab kenapa agak berbahaya belajar di sebahagian tempat adalah kerana mursyidnya (supervisor). Untuk lulus, kita perlu follow buah fikiran mursyid. Teringat ada seorang guru yang tengah siapkan PhD, terpaksa hold-kan dulu thesisnya, lantaran berbeza ijtihad dengan mursyidnya. Tidak silap thesisnya tentang alat bantuan pernafasan. Guru tak setuju dengan cadangan pembetulan oleh mursyidnya. Sebab akan melibatkan perubahan hukum. Walhal dari sudut ilmu, Guru ini hebat juga. Penguasaan turathnya mantap.
.
Begitu juga dengan module (teks kulliah). Sebahagian module ditulis mengikut rentak pengarang. Walau apa yang ditulis itu berlawan dengan kalam muktabar. Baik dari kitab atau sebahagian ijtihad ulama.
.
Dan lebih licik. Cara penulisan itu bercorak doktrin semata². Contoh diberikan guru;
.
Sambil tunjukkan kepada gambar B4B1. Dia kata; "Lembu ni boleh makan". Dia jadikan satu info palsu seolah fakta. Kan pening tu.
.
Bayangkan, kalau budaya doktrin palsu ni meresap dalam subjek agama, subjek sejarah. Melibatkan module universiti dan buku² teks sekolah. Pelajar mana ada peluang nak baiki, dia hanya boleh terima bulat². Maka lenyaplah identiti bangsa dan ke laut lah fahaman agamanya.