Bagi rata² pelajar. Termasuk zaman kita belajar dahulu. Idea nak buat program rasanya tiada masalah. Orang muda ni kreatif. Tapi masalah dana-lah yang memeningkan. Kalau berada di institusi yang ada beribu² ekar sawit, kilang sendiri, perusahaan sendiri, ada sumber pendapatan. Maka biasanya peruntukan untuk aktiviti student tu ada dan besar jugalah. Tapi kalau tempat yang nak tampung kos pentadbiran, gaji guru² pun sakit. Nak bela lcd rosak pun makan 2-3 bulan. Kalau untuk aktiviti student apatah lagi.
.
Masalah bila student kutip dana di GLC dan syarikat² besar. Mereka selalunya akan di serang balik. Walaupun tak nafi, bagus untuk pengalaman mereka. Tapi sedikit sebanyak, kesan "serik" nak minta tu pasti ada.
..
Kita tak nafi. Keperluan dana untuk program mungkin tidaklah sepenting keperluan OKU, Asnaf Fakir miskin, Anak² Yatim. Namun, untuk ilmu survival dan pendedahan awal dunia luar, ianya sangat penting.
.
Kerana itu. Rasanya, tugas menyokong anak² kita ini boleh dipindahkan kepada ibu bapa n masyarakat. Apatah, mereka ini lebih concern dan dekat hati dengan pelajar.
.
Tak hairan sebahagian masjid yang berdekatan dengan kampus pelajar. Atas dasar perihatin. Setiap hari pada Bulan Ramadhan boleh buat majlis berbuka puasa. Bak kata Mie n orang Kg.Belimbing: "Kita yang buat dia (dengan izin Allah)"