Selasa, 24 Mac 2020

Alam mereka tidak sama.

Beberapa minggu lepas sengaja hantar whatsapp foto lama kepada sorang sahabat. Gambarnya sedang gotong-royong sempena satu ekspo sekolah. Tak sangka dia balas; kawan yang di sebelahnya itu (kira school-mate kami) dah meninggal beberapa tahun lepas, asbab sihir. Mesej punya mesej, tak sangka bukan Almarhum sorang je, lagi seorang teman juga meninggal asbab sihir. Inna lillah.. Menakutkan juga penangan sihir.
.
Masa belajar dulu pernah bawa seorang student ke hospital. Histeria. Masuk kut ICU. Setelah check, tiba² staff situ tepuk pelajar terbabit. Beritau "Takde apalah, mengada² je ni". Kita pula terpana dengan reaksi tu. Kemudian jumpa doktor pula. Alhamdulillah doktor memahami. Doktor tu maklum, biasalah program di tempat² begitu, memang selalu kena kacau. Tanya doktor tu balik, sebelum ambil perubatan, doktor belajar dimana? Katanya belajar di SMKA (tak ingat namanya).
.
Di Mesir ada seorang pengamal perubatan Islam yang selalu pelajar Malaysia pergi jumpa. Namanya Syeikh Ahmad. Kami panggil Syeikh Ahmad Sibaweih. Sebab syeikh mengajar Nahu di Maahad Qiraat Shoubro. Syeikh tinggal di Shoubro Kheimah, sekitar 3 jam juga rasanya kalau nak ke sana dari Hayyu Asyir. Pernah pergi sekali rumah syeikh, sebab ada teman yang memang talaqqi nahu khususi di rumah syeikh. Banyak ubat yang telah diruqyah dalam rumah syeikh.
.
Syeikh Nur ketika mensyarahkan Kitab Ma'a Auliyak Was Sollihin, sempat bercerita. Seorang jariah Khalifah pernah dirasuk. Lalu diutus utusan kepada Imam Ahmad.  Imam Ahmad mengambil seliparnya dan diberikan kepada utusan itu. Beliau menyuruh utusan itu memberikan seliparnya kepada Khalifah al-Mutawakkil. Kemudian khalifah al-Mutawakkil perlulah mengangkat selipar itu lebih tinggi dari kepalanya dan berkata "Wahai syaitan dan jin yang berada di dalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini. Jika tidak, akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal..". Kemudian pulang lah utusan itu dengan membawa selipar Imam Ahmad.
.
Terdesak dengan keadaan jariah nya itu, Khalifah al-Mutawakkil pun mengikut segala pesan Imam Ahmad bin Hanbal.
.
Sebaik selesai disebut kalimah itu. Keluarlah dari belakang jariah itu beberapa lembaga hitam dan lari dengan segera. Sebelum pergi, jin itu sempat berkata, " Wahai khalifah, nasibku baik kerana engkau menyuruh aku keluar dari tubuh nya sahaja, jika engkau menyuruh aku keluar dari Iraq, nescaya tidak akan aku sentuh Bumi Baghdad ini lagi.."
.
.
.
Kredit: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/05/syaitan-takut-dengan-selipar-imam-ahmad.html?m=1