Bila dilihat pada Khulafa ar-Rasyidin. Semua syahid dibunuh. Saidina Umar.RA kena tikam dengan pisau mata dua. Saidina Uthman.RA kena bunuh dek badwi Mesir, ikutkan ada beberapa pemuda berjaga di luar rumah termasuk Saidina Hassan.RA n Saidina Hussin.RA. Saidina Ali.RA kena tetak. Malah kematian Saidina Abu Bakar.RA pun khilaf, walaupun menurut satu riwayat kata sakit biasa, tapi ada juga riwayat yang kata diracun.
.
Pengakhiran Khilafah Umayyah di Damsyik juga sama, sewaktu ambang rampasan kuasa, hampir 300 ahli keluarga Bani Umayyah terbunuh, Khilafah Abbasiah di Baghdad juga berdarah dibedal Monggol. Khilafah Umayyah kedua di Cordoba pun sama juga, runtuh sebab sengketa dalaman. Pengakhiran Sultan Abdul Majid ll iaitu Sultan terakhir Khilafah Uthmaniyah juga menyedihkan, terbuang di Paris sebelum dikebumikan di Bumi Madinah al-Munawwarab, atas perkenan Raja Saud.
.
Malah kita di Tanah Melayu juga begitu. Kesultanan Melaka runtuh dibadai Portugis angkara orang dalam. Campur tangan British di Tanah Melayu rata² asalnya orang kita sendiri yang jemput sebab nak menang perang saudara. Perjanjian Pangkor, Sg.Ujong.
.
Walaupun ada ijtihad ulama yang menolak siyasah hizbiyyah. Namun ada juga menekankan pentingnya siyasah. Silibus Siyasah Syar'iyah juga ada diajar. Biasalah khilaf kan, nak bayar fidyah ganti solat fardhu tertinggal bagi si mati pun ada khilaf, khususnya antara Mazhab Syafie dan Hanafi. Apatah lagi ijtihad politik. Kata Dr.Zulkifli Mohd al-Bakri dalam risalahnya "Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti Yang Kukenali.": "Ijtihad politik memang sukar.."
.
Kerana itu, tidak hairan. Sewaktu Allah hendak jadikan manusia sebagai khalifah, Malaikat tertanya kenapa nak dilantik makhluk yang suka buat rosak, suka tumpahkan darah?;
.
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 30
.
.
.
P/s: Moga Allah merahmati dan melindungi seluruh Umat Nabi Muhammad. SAW. Moga Allah kurniakan pahala syahid buat seluruh pemimpin Umat Islam yang beriman dan ikhlas.
.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
..
.
.
Rujukan:
1. Sejarah Keilmuan dan Intelektual Islam (OUM).
2. Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti Yang Kukenali.