Selasa, 24 Mac 2020

Kelebihan Bumi Mesir.

Sewaktu pengajian di Rumah Kedah Hayyu Sabi'. Syeikh Nur pernah berkata, ikutkan siapalah yang mahu ke Mesir. Dari udara, yang nampak hanya debu. Penduduknya juga sangat kasar. Namun, disebalik pasir² ini, tersembunyi permata² yang sangat berharga. Jika ditempat kita mungkin yang ada hanya auliya' biasa, tapi ditempat ini, min kibaril auliya' (wali yang besar²).
.
Teringat pernah berbual dengan al-Marhum Ustaz We (Ustaz Fahmi) di Mat'am Ustaz Rosma, Hayyu Asyir. Orang Mesir ni, kalau kita kata "wallahi?" (Demi Allah?) untuk bersumpah. Dia boleh je balas "Wallahi". Tapi kalau kita kata "wa binnabiy?" (Demi Nabi)? Depa biasa tak berani jawab. Biasa mereka akan balas balik, jangan main Nabi.saw. Sebab Allah tu ma'ruf dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun. Tapi kalau nabi, belum tentu lagi boleh nak minta maaf.
.
Sewaktu berlaku fitnah besar di zaman Salafuna as-Soleh. Ahlul bait nabi dibunuh dan diseksa. Orang Mesirlah yang sanggup menerima mereka. Bukan sahaja diterima, bahkan mereka dilayan dengan sangat baik
.
Imam Laits bin Sa'ad pernah menceritakan. Muqouqis (pembesar mesir) pernah meminta kepada Saidina Amr al-As untuk membeli Jabal Muqottam dengan harga 70,000 dinar. Lalu Saidina Amr al-As mengutuskan surat kepada Khalifah Umar al-Khattab berkenaan hal itu. Saidina Umar membalas, tanyakan kepadanya; "Kenapa nak beli bukit ini, sedangkan ianya tak boleh bercucuk tanam dan mengeluarkan air". Muqouqis menjawab; "Telah tertulis di dalam kitab² terdahulu, di bukit ini telah di tanam  biji²an dari syurga". Amirul Mukminin lantas menolak untuk menjualkan bukit tersebut.
.
Mesir terkenal dengan khutbah jumaatnya yang sedap dan tidak pakai teks. Antara khutbah yang cukup memberi bekas, pernah disampaikan oleh Imam dan khatib di Masjid al-Azhar as-Syarif. Waktu itu khatib bercerita tentang kelebihan Mesir, dan paling menyentuh perasaan, Allah telah petik nama Mesir secara khususi sebanyak empat kali di dalam al-Quran;
.
PERTAMA;
وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰ وَأَخِيهِ أَن تَبَوَّءَا لِقَوۡمِكُمَا بِمِصۡرَ بُيُوتٗا وَٱجۡعَلُواْ بُيُوتَكُمۡ قِبۡلَةٗ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
.
Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)". -Sura Yunus, Ayah 87
.
KEDUA;
وَقَالَ ٱلَّذِي ٱشۡتَرَىٰهُ مِن مِّصۡرَ لِٱمۡرَأَتِهِۦٓ أَكۡرِمِي مَثۡوَىٰهُ عَسَىٰٓ أَن يَنفَعَنَآ أَوۡ نَتَّخِذَهُۥ وَلَدٗاۚ وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلِنُعَلِّمَهُۥ مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِۚ وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِۦ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
.
Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu ta'bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. -Sura Yusuf, Ayah 21
.
KETIGA;
فَلَمَّا دَخَلُواْ عَلَىٰ يُوسُفَ ءَاوَىٰٓ إِلَيۡهِ أَبَوَيۡهِ وَقَالَ ٱدۡخُلُواْ مِصۡرَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ
.
Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman. -Sura Yusuf, Ayah 99
.
KEEMPAT;
وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِي قَوۡمِهِۦ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِي مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَٰرُ تَجۡرِي مِن تَحۡتِيٓۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ
.
Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya? -Sura Az-Zukhruf, Ayah 51
.
.
P/s: Adapun kalimah مصرا dalam Surah al-Baqarah tu. Ia dalam bentuk tanwin jadi bukan mamnu' min as-sorfi. Jadi ia tak tuju ke negara Mesir secara khusus, sebaliknya membawa makna bandar.
.
وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَٰمُوسَىٰ لَن نَّصۡبِرَ عَلَىٰ طَعَامٖ وَٰحِدٖ فَٱدۡعُ لَنَا رَبَّكَ يُخۡرِجۡ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ مِنۢ بَقۡلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَاۖ قَالَ أَتَسۡتَبۡدِلُونَ ٱلَّذِي هُوَ أَدۡنَىٰ بِٱلَّذِي هُوَ خَيۡرٌۚ ٱهۡبِطُواْ مِصۡرٗا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلۡتُمۡۗ وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ
.
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke BANDAR kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. -Sura Al-Baqarah, Ayah 61
.
.
Rujukan:
“الكواكب السيارة في ترتيب الزيارة”