Sabtu, 14 Mac 2020

Dugaan Orang Bertunang

Sehingga saat aku menulis ini. Hari ini hari Sabtu malam Ahad. Jantungku masih berdebar, badanku rasa lemah betul. Kalau boleh lepas buat ibadah fardhu n sunat atau lepas buka puasa n siapkan assignment, aku nak tido je, malas fikir dunia. Tapi tak lepas, sebab satu hari ada 24 jam. Aku tak mampu tido sepanjang waktu. Bila terjaga, perasaanku kembali resah. 

Sepatutnya Jumaat semalam, rasa ni sepatutnya dah reda. Sebab jawapan dah dapat. Sepatutnya begitulah. Tapi entah kenapa, Ia hanya berjaya redakan 50% sahaja keresahanku. Mungkin kerana ini baru first-time hal begini berpusar dalam hatiku, jadi kesannya lambat sikit pulih insha Allah. Moga lepas aku menulis ni, perasaan tu akan reda. Allahmumma Ameen.

Baru² ni beberapa temanku datang ziarah. Disebabkan mereka dah nak balik Mesir, takut nanti kalau beritahu lambat depa mengamuk pula. Jadi aku beritahulah tarikh walimahku lebih awal. Sebaik mendengar nama tunangku, temanku pantas bertanya "Bukankah **** dah ada orang?"

Aku jadi klu. Aku tak tau nak cakap apa.  

Tahun 2011 dahulu. Aku pernah bertanya kepada sahabatku, satu batch dengan tunangku. " **** dah ada ke?". Katanya "**** bagitau dah ada". Waktu itu hatiku pantas berbisik, ini sekadar trick. Macam yang Fatimah Syarha bagitau dalam bukunya Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Bila nak tolak lamaran orang secara baik. Memang cakap dah "ada". Tapi sebenarnya dah ada "Allah dan Rasul". Tapi 50-50. 

Rasanya aku sahaja yang fikir begitu. Adapun banin² lain, rasanya semua dah yakin Cik Tunang dah ada pakwe.

Sejak dari itu, Aku anggap Cik Tunang dah ada pakwe-lah. Aku lantas delete Cik Tunang dari ingatan. Bermula tahun 2011 tak silap

Sehingga tahun 2019 lebih kurang. Ada banyak perkara kecil yang berlaku, namun ianya menjadi asbab Cik Tunang muncul balik dalam ingatanku. Antaranya;

1. Baru tau ada satu nama fake dalam friend FB aku tu ialah akaun Cik Tunang. Patut dulu rasanya pernah friend, tapi tak pernah jumpa. Dulu Cik Tunang gunakan nama sebenar. Kemudian tukar kepada nama fake.
2. Salah seorang anak muridku di kolej nama bapanya sama dengan nama bapa Cik Tunang. Nama bapanya tu agak mudah ingat, tu aku cam. Aku tanya, rupanya memang betul adik Cik Tunang. 
3. Mungkin kebetulan, banyak status FB Cik Tunang bertepatan dengan apa yang aku sedang alami, fikir atau tulis waktu itu.
4. Bila aku scroll FB Cik Tunang. Aku tengok profile picture Cik Tunang di FB dan Telegram. Aku rasa Cik Tunang masih single.
5. Umur Cik Tunang dah 30. Kalau dah ada, mesti awal² dah kahwin.

Tanda² ni aku rasa. Mungkin Cik Tunang pun tak rancang n aku sendiri pun tak beria mencari. Mungkin Allah yang temukan.

Kerana itu bila terfikir nak kahwin, aku terus taqdim Cik Tunang. Alhamdulillah Cik Tunang terima (seperti pernah dicerita dalam post sebelum ni).

Namun bila soalan "Bukankah **** dah ada orang?" muncul. Aku jadi stuck. Persoalan lama ini asalnya hanya resesif. Terperuk jauh dihujung sanubariku. Namun bila ditanya orang, ia jadi hal besarlah dalam benakku.

Soalan itu timbul Hari Rabu. Hari Khamis aku dah jadi tak keruan, diriku dah macam apa entoh, serba tak kena, malam Jumaat lagi teruk. Beberapa kali aku solat istikharah minta petunjuk, apa tindakan terbaik patut aku buat? Aku tak mampu nak doa panjang yang lain, jiwaku benar² diuji ketika itu. Dadaku berdebar kencang, tangan badanku terasa sangat lemah. Aku hanya mampu mengulang² doa dari ayat akhir Surah al-Baqoroh;

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Sambil aku ulang² kalimah

 رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ


Aku sangat² takut Cik Tunang beritau "YA", aku sangat² takut kalau Cik Tunang pernah bercinta. 

Aku tawassul kepada Allah dengan amalanku yang menjaga diri ini dari terpalit dunia bercinta. Akhirnya aku buat keputusan, aku perlu terus terang kepada Cik Tunang. Kerana jika aku pendam, jiwaku takkan tenang. Jika aku luah n Cik Tunang beritau "Ya", jiwaku mungkin akan sama dengan apa aku rasa sekarang. Dan jika Cik Tunang beritau tak pernah, aku mungkin akan lega.

Ringkas cerita. Alhamdulillah. Cik Tunang kata TAK PERNAH. Tak pernah couple. Cuma sebelum ni, jika ada yang nyatakan hasrat, Cik Tunang akan beritahu dah ada. Maksudnya dah ada benda nak buat, contohnya sambung belajar.

Alhamdulillah. Ianya berjaya melegakan sedikit perasaanku. Kenapa sedikit? Sebab taufan Hari Khamis tu terlalu kuat, ambil masa juga untuk cool-down. Hatta sehingga aku mula menulis ini. Hari ini dah Hari Sabtu malam Ahad.

Kenapa isu ini amat memberi bekas kepadaku? Mungkin bagi sesetengah orang luar, tak penting pun. Biasalah bercinta dengan orang lain, tunang dengan orang lain dan kahwin dengan orang lain. No.. bagi aku ini sangat menyakitkan. Yup.. sangat menyakitkan.

Aku tak nafi. Aku ini jenis nakal juga orangnya ketika zaman sekolah n u dahulu. Suka berjalan, suka lepak. Tapi ada beberapa perkara yang aku amat jaga, antaranya ialah bercinta. Walaupun aku tak benci dengan orang yang bercinta, sementelah 50% juga kawan² disekelilingku pernah bercouple. Aku juga pernah jadi pendengar kepada kisah cinta mereka. Namun, mana² tempat aku berada aku akan cuba tangani masalah couple ni.

Waktu aku di Ihsan. Aku ketua Unit ibadah, jadi salah satu perkara yang aku perangi ialah budaya couple. Hatta aku arahkan supaya semua juniorku yang ada kakak angkat supaya putuskan hubungan. Aku minta mereka sampaikan ayatku kepada kakak angkat mereka yang di asrama banat; "Mak kamu tak pandai beranak?". Pedih kan?😅.. Itulah aku yang dulu. Sampaikan aku dapat berita ada antara kakak angkat juniorku yang sangat tak puas hati dengan aku.

Waktu di Kulliah. Ada banat yang mengoratku. Sampai ada sekali aku diajak untuk berdating. Aku lawan kata nafsu, aku berdoa pada Allah moga diberikan yang lebih baik, isteri yang sah.

Waktu aku di maahad. Kalau perhati pada ceramah dan artikel yang aku tulis. Banyak aku selitkan unsur anti couple. Aku juga pernah diajak bercouple, ajakannya melalui orang tengah. Namun aku menolak. Sampai sekarang aku tak tahu siapa insan tersebut.

Waktu di Mesir. Sewaktu aku diminta tulis risalah untuk Unit Biah Solehah. Selain ilmu, aku juga selitkan bab menjaga ikhtilat. Aku ingat lagi antara artikelnya yang aku sendiri sukakan ibrahnya adalah berkenaan kisah jodoh ibu n ayah Imam Syafie.  

Aku juga seorang yang sangat jaga pandangan. Wajah perempuan dalam gambar pun aku tak tenung, inikan pula bila di luar. 

Jadi. Rasanya boleh bayangkan? Perasaan aku bila nak singkap kisah silam Cik Tunang yang pernah couple atau tidak. Dan atas kertas tertulis pernah bercouple. Allahu Rabbi, sangat seksa. 

Alhamdulillah. Bersyukur sangat pada Allah. Allah kurniakan aku seorang tunang yang tak pernah bercouple. Walau ramai yang beritahu suka padanya (Aku sangat tak suka ayat "beritau suka padanya" ni. Tapi kena tulis juga supaya jelas..😅). Juga sanggup menghabiskan umurnya dari habis belajar hingga sekarang untuk berkhidmat buat orang tuanya. 

Okey cukuplah tu. Aku nak tdo, rasa lega lepas menulis ni. Kalau segar, nanti nak sambung assignment. Buat masa ni, aku nak lupakan dulu pasal Cik Tunang, sebab Cik Tunang bukan halal lagi bagi aku, belum akad nikah. Aku nak ingat Allah banyak². Sayonara. Wassalam.