Selasa, 24 Mac 2020

Mengenali figura penting.

Setiap ilmuan atau pendakwah ada kekuatan masing².  Pentas ceramah jadi indahlah, dek kepelbagaian ini. Namun secara peribadi, sangat kagum dengan Ustaz Nazrul Nasir al-Azhari. Pertama, mujahadahnya dalam berguru. Kedua, kisah² yang Ustaz Nazrul sampaikan memang rare, tapi bukan rekaan, semua disandar dari kitab atau kalam muktabar. Setiap kulliah ada je cerita baru. Sampai kita tertanya², Ustaz ambil dari kitab mana ni? Ke dari syeikh² yang Ustaz talaqqi?
.
Teringat masa mula sampai Ardil Kinanah dulu. Semangat nak follow usah ceritalah. Kena pula ustaz² lama selalu cerita pasal figura² masyhur ni. Ringkas cerita. Antara yang kelakarnya pertemuan dengan Ustaz Hairul Nizam.
.
Sebelum tu selalu dengar nama Ustaz Hairul, duk bayang juga bagaimana wajahnya. Satu hari selepas kelas Syeikh Yusri di Jabal Muqottam, ambillah motor nak balik. Sekali, motor seorang teman kena curi. Kelam kabutlah kita cari, tiba² dapat tau arahnya di bukit sebelah, diheret oleh orang arab. Terus pecut motor dengan teman² ke sana.
.
Arab tu lari tinggalkan motor. Motor tu tak boleh hidup, rasanya dia punya sistem lain sikit, motor canggih dari India. Masa tu lah perasan satu susuk yang kurang familiar, turut sama mengejar pencuri, pakai kopiah macam Syeikh Sya'rowi. Teman bagitau, rupanya tu lah Ustaz Hairul Nizam. Rasanya Ustaz baru balik dari Malaysia. Lepas pada tu selalulah dengar kalamnya. Waktu Q akhir PMRAM batch kami pun Ustaz Hairul yang sampaikan. Tak pasti waktu tu topik apa ustaz bawa. Tapi topik sinonim dengan Ustaz Hairul waktu tu جامع جامعة جمعية  . Jika kekuatan Ustaz Nazrul pada maklumat 'rare', Ustaz Hairul Nizam pula lebih kepada penerangan yang jelas.
.
Moga Allah berikan kekuatan buat guru² kita, untuk menyediakan kinanah, sebelum anak² panah itu terbang ke tanah jawi. Memang berat tugas itu. Moga nusrah Allah bersama.