Rabu, 25 Mac 2020

Pastikan kamu itqan (kuasai/mahir), di mana sahaja Allah tempatkan kamu

Masa sekolah rendah sekitar 20 tahun dulu. Ada seorang cikgu wanita. Juga coach kepada pasukan hoki. Dia punya pencapaian silam hebat, tak silap pernah wakil negeri atau U dalam hoki. Tapi ada satu benda yang dia pantang, dia pantang benor kalau student laki n wanita dia terlalu bebas bercampur, walau di padang. Kalau dia tengok je ada 'ikhtilat'. Dia punya 'menyeringai' tu, memang takleh bawa bincang. Macam singa.
.
Satu waktu pernah join satu event dengan satu company ni. Waktu rehat, berbual dengan PIC dia. Dia kabo, sebenarnya dalam tentatif asal, takde slot agama. Dia rasa macam lagho sangat event tu. Jadi, dialah yang selit slot tarannum, nasyid, forum kat tengah². Padahal, mulanya bos-besar pun tak tau.
.
Suatu waktu. Di suatu tempat. Ada junior kena histeria. Bawalah dia pergi ke hospital (masa tu budaya panggil pengamal perubatan Islam tiada lagi, yang pandai perubatan Islam pun tak ramai). Sampai di zon pertama, setelah pemeriksaan awal, tiada tanda sakit apa². Tak semena², petugas tu marah pelajar terbabit. Kata mengada n tak perlu berlakon. Tapi dihantar juga ke doktor di bahagian kecemasan. Waktu dalam bilik. Doktor tu tanya apa berlaku. Ceritalah, ada program di kawasan hutan. Tiba² pelajar ni kena histeria, nampak benda bukan². Doktor tu angguk. Dia kata biasalah, sambil cerita dari sudut agama. Sangat understanding. Tanya, doktor tu belajar mana dulu. Katanya SMKA** (tak ingat kat mana).
.
Di Kuantan ni. Ada 3 tempat pengajian al-Quran yang terkenal. Masjid Negeri, KUIPSAS n as-Sharif. Menariknya di as-Sharif, sistem urus tadbir kelas. Penerapan sektor korporat. Malah, pemiliknya siap nak buat satu prosedur untuk akaun. Jadi, mana² pusat pengajian yang nak buat akaun, just follow SOP yang mereka dah buatkan.
.
Waktu di hospital. Bulan Ramadhan. Ada seorang pakcik sedang jalani pemeriksaan berkala. Sewaktu konsultansi. Pakar bukan sahaja beri saranan penjagaan kesihatan, malah dititipkan juga nasihat Fiqh Ibadah berkait puasa dan rukhsah. Boleh tahan ilmu agamanya.
.
Antara perkara yang sangat kritikal dalam kalangan penuntut agama di al-Azhar, sokongan terhadap sistem 'talaqqi' sangat lemah. Khususnya dana nak menggerakkan pengajian. Kulliah di Universiti, yang sekitar 16 minggu, dengan setiap minggu 1-2 jam pertemuan bagi setiap subjek, tidak mungkin mampu lahirkan pelajar yang mahir. Jadi, inisiatifnya ialah talaqqi. Namun, bab dana pula bermasalah. Baru ni ada teman bisik, ada seorang YB Exco dari Kerajaan Negeri Pahang bersetuju keluarkan dana. Alhamdulillah, dengarnya kelas guru di 'sana' semakin rancak. Untunglah.
.
Syeikh Dr.Yusri Rushd seorang Doktor perubatan. Pernah buat latihan di kawasan konflik Kashmir (tak silap). Ada banyak pembedahan yang syeikh kendalikan. Alhamdulillah, semua berjaya tanpa ada kematian. Seorang doktor pelik lalu tanya, macam mana Syeikh buat? Syeikh kata, syeikh guna hati (kiasan). Syeikh adalah khalifah Tariqah Syazuli Siddiqiah. Syeikh juga anak murid kepada Syeikh Muhammad Najib Mut'e, Syeikh Hafiz Tijani, keluarga Ghumari. Malah syeikh juga anak murid kepad Syeikh Ali Jum'ah. Kini selain ketua suatu jabatan di hospitalnya. Syeikh juga diminta untuk mengajar Kitab Shahih Bukhari di Masjid al-Azhar (pencapaian yang sangat tinggi). Selain mengajar harian di Masjid Ashraf Jabal Muqattam.
.
Sampai sekarang terngiang-bgian kata syeikh: "Pastikan kamu itqan (kuasai/mahir), di mana sahaja Allah tempatkan kamu"
.