Takpe ke aku tulis pasal tunang lagi? hehe. Bab lain aku dah tulis di FB. Tapi bab tunang ni agak sensitif, jadi aku tulislah di sini, lagipun takde orang kenal yang boleh baca kan. Kalau adapun yang masuk, mungkin sebab google search yanag bawa masuk.
Dalam post lalu aku ada cerita apa taufan perasaan yang aku alami. Subhanallah, itu suatu perasaan yang baru bagi aku.
Dalam Isnin baru ni, Cik Tunang hantar mesej. Awal² tulis mohon maaf apa yang berlaku. Aik, takde apa² tiba² mohon maaf? Aku rasa Cik Tunang mungkin dapat tebak apa yang aku rasa. Orang pompuan orang kata instinct dia boleh tahan kan. Mulanya aku malas nak borak sangat topik tu, sebab jiwa baru nak reda. Just fokus kepada topik utama, bab hantaran n tarikh exam aku. Tapi last² rasa nak sebut juga.
Aku cakaplah Cik Tunang takde salahnya, memang apa yang dia buat tu tepat. Caranya boleh buat ramai Ikhwah Pahang menjauhi dia. Sepatutnya aku yang perlu minta maaf, sebab entah kenapa. Perasaan pelik² muncul. Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa. Ni baru first time alami.
Cik Tunang beritau. Tu cemburu buta.. Setepek dia beri kat aku 😂😂
Aku mana tau. Perasaan ni bukan aku yang minta. Dia hadir sendiri. Cemburu buta? Ye ke? Erm.. jap aku fikir. Camne rasa cemburu ye? Aku bukan jenis Best Man Win. Jadi aku mungkin tak berapa terlibat dengan hal² cemburu ni, kalau orang suka bersaing mungkin terlibat.
Aku rasa tu bukan cemburu. Tapi satu perasaan yang ahli psikologi belum boleh describe lagi..😂😂 Tapi yang kurang bestnya, perasaan tu menyebabkan hadir rasa tak sedap dalam hati. Kalau dulu adakala rasa juga rindu kat Cik Tunang, tapi bila perasaan tu hadir. Rasa macam toksik sangat. Satu perasaan yang negatif, penuh dengan Suuz Zhon, perasangka bukan², menghakis rasa bahagia, menghakis raaa rindu. Allahu Rabbi, perasaan apakah ini? Aku tak pernah alaminya lagi. Walhal dah lebih 30 tahun hidup. Hari ni baru rasa rindu tu datang balik. Dari Rabu lepas, dekat seminggu 😂😂.
Cik Tunang sambung cerita. Kalau nak cerita orang yang pernah minat kat dia ramai. Ada peniaga, ada anak murid. Ahh sudah.. Aku minta Cik Tunang stop. Aku tak sanggup nak dengar. Padahal ikut rasional dan logik, Cik Tunang bukan bercinta pun, malah cuba mengelak. Tapi itulah, aku tak sanggup nak dengar Cik Tunang berusaha melawan hati dari digoda tu. Allahu Akbar, lemahnya rasa badan. Macam² fikiran negatif timbul. Entoh apa² kan. Ni bukan diri aku yang biasa. Aku bukan camni. Aku tak pernah kisah pun pengalaman silam seseorang, malah aku biasa jadi pendengar yang baik lagi.
Aku rasa Cik Tunang pun mungkin tak suka aku berpelakuan begini. Mungkin nampak mengongkong. Entahlah.. Moga Allah berikan aku apa² yang terbaik.
Ialah. Bila difikir logik. Apa yang Cik Tunang alami tu pun, sebenarnya sebijik berlaku padaku. Ada orang nak jadikan menantu, ada anak murid yang minat. Teringat kisah dari Habib Ali Jufri tak silap, pengalaman hidup yang berlaku pada suami, itulah yang berlaku pada isteri.
Moga Allah menjaga, memelihara dan memimpin kami berdua menuju jalan yang Allah redhoi. Jalan bahagian dunia dan bahagia akhirat.
Sehingga aku menulis ini. Perasaanku dah makin redha. Adalah sesekali ombak menghempas pantai tu. Tapi rasanya lebih aman. Rasa rindu pun ada muncul tadi. Aku pernah berdoa, minta Allah lupakan perasaan aku tentang Cik Tunang sehingga kami halal. Tapi apakan daya, doaku macam belum maqbul. Walaupun aku lebih suka rasa rindu berbanding rasa taufan tu, tapi kalau dah ini taqdir dari Allah. Mungkin adalah apa² tarbiah yang Allah nak didik.