Jika baca Kitab at-Taqrirat as-Sadidah fi al-masailil mufidah. Tidak hanya hukum, khaifiah atau masail yang dibincang. Bab adab boleh tahan panjangnya. Malah Ulama siap karang lagi pelbagai kitab, khusus cerita bab adab sahaja. Fokus kita, adab belajar.
.
Siang tadi bersembang dengan beberapa guru. Biasalah, topik wajib. Bertanyakan mereka pengalaman ngajar di beberapa tempat. Fuhh, boleh tahan cabarannya. Luahnya, nakal pelajarnya masya Allah tabarokallah. Adakala bila gi ngajar, sekadar cerita apa dalam buku teks. Lepas habis kelas, habislah. Lepas tu ikutlah depa nak jadi apa. Dia malas dah nak cara. Luahnya lagi, kalau lebih², mak ayah pula mari serang.
.
Ada seorang teman. Mengaji di Houtoh Yaman (dah block, sebab kawan sekerja ), garangnya boleh tahan. Tapi menarik, dia terapkan cara Yaman. Tasykil n sentiasa basuh bab adab. Sampai point-nya tu disebarkan pula oleh anak² muridnya, maka merebaklah teguran tu ke kelas lain. Asbab sebaran mulut ke mulut pelajar. Tak pasal² pelajar kelas lain pula yang terikut bab menjaga adab belajar. Bagus juga kan.
.
Bila congak-congak. Pelopor tata-pentingnya menjaga adab ni, bersumber dari mulut guru-guru kita juga. Ada waktu kena hentak lenyek dengan Syeikh Nuruddin, adakala dipujuk rayu kalam Syeikh Rohimuddin, ada waktu kena sindir dengan Habib Ahmad al-Maqdi, adakala dek qudwah ditunjuk Ustaz Azri waktu menyantuni Tok Guru Haji Wan Muhammad (Ustaz Mat Tendong) Pondok Pasir Tumbuh. Lepas tu baru-lah kita tersedar dan belajar sesuatu.
.
Begitu juga-lah dengan pelajar moden kini. Ingatan n teguran, walau berat n malas nak ditutur, tapi tetap perlu diperingat. Itulah warisan dari guru-guru kita. Jika tidak, sampai ke sudah bab adab ni takkan selesai. Walhal di Hadramout, pondok-pondok. Masalah adab dengan guru, adab dengan ilmu dengan cepat boleh setel. Sekadar nakal budak-budak tu biasalah.
.
Begitulah resmi hidup. Dulu guru-guru peringatkan kita. Sekarang, kitalah pula perlu sampaikan kepada generasi seterusnya.
.
Tanpa adab. Bagaimana mungkin beroleh keberkatan?
.
الأدب فوق العلم.
.
.
Sumber gambar: Tazkirah as-Sami' wa al-Mutakallim