Seronok bila tengok semangat sahabat. Ada yang wasap n ada call. Malam ni saje nak kongsi sikitlah ye.
.
Budaya talaqqi ni sangat terkenal di Ardil Kinanah. Walau apapun kita buat. Baik kerja atau belajar. Semua semangat nadah kitab. Habis je kelas atau kerja. Penuh di masjid, ruwaq, mudoyafah atau di sahah. khusyuk mendengar syarahan guru. Belek setiap muka, dhobit setiap patah kalimah.
.
Ada seorang teman arab dulu. Umur 60+. Kira ammu -lah. Sangat rajin join kelas qiraat di Shoubro. Boleh kata setiap hari ammu ni datang. Lepas kelas qiraat 8-10 pagi, dia akan bergegas balik. Syeikh tanya buat apa lepas ni? "Kerja" katanya.
.
Masa mula sampai dulu. Semangat teroka kelas² di Darrosah. Teringat ada beberapa kali, saja masuk kelas Syeikh Ahmad Hajin. Syeikh buka kitab Minhaj Tolibin tak silap. Kitab memang tinggi, tapi sebab baru sampai kan. Saja-sajalah usha kelas. Bila sembang-sembang baru tau. Keliling masa tu, semua pelajar medic.
.
Masa sebelum bertolak dulu, jealous-lah jua. Sebab ingatkan geng syariah je boleh belajar Fiqh. Tapi tak sangka ada budaya talaqqi. Rupanya, selain belajar subjek takhassus kita. Peluang terbuka luas untuk kita belajar Ilmu Tauhid, Fiqh, Tasawwuf, Qiraat. Juga Ilmu Nahu Saraf, Mantiq dan ilmu alat yang lain.
.
Rupanya ilmu ni takde border. Malah setiap ilmu tu dah disusun tertib kitab dan kelasnya. Mana kitab kena belajar dulu, mana perlu dikemudian. Malah semua ilmu kita mesti belajar, khususnya Ilmu Fardhu Ain.
.
Kelas talaqqi di ardil kinanah sepanjang hari. Dari pagi sampai ke malam. Kalau bulan Ramadhan lagi dahsyat. Pernah lepas terawikh kelas Irsyadul Ibad dengan Syeikh Nuruddin. Kemudian pukul 11 sambung kelas Habib Ahmad, Syarah Anwarul Lamiah (tak silap). Habis kelas pukul 12/1 pagi. Pukul 3 dah subuh. Dua jam je nak bersahur dan berehat. Malah ada juga kelas yang dibuat sebelum subuh. Pendek kata, hampir 23 jam ada kelas talaqqi bila bulan Ramadhan. Lepas subuhlah nak berehatnya. Tapi kelas talaqqi lain pula isi slot.. hehe. Walau tak nafi, banyak juga kelas yang tawaqquf bila masuk Ramadhan.
.
Teringat kalau pagi tu. Lepas je Solat subuh. Dah start bising bunyi enjin motor di lobi Rumah Pahang. Berlumba ke Masjid Asyraf di Jabal Muqattam. Sekitar 20 minit. Mendengar Syeikh Yusri hurai kitab hadis. Kemudian berkejar pula ke Masjid Syeikh Soleh Ja'fari di Darrosah bertalaqqi Quran dengan Syeikh Asyraf. Sekitar 20 minit juga perjalanan. Kemudian barulah pelajar kulliah bersiap nak ke kelas pukul 9 pagi nanti.
.
Ada juga kelas yang pelajar sendiri anjur. Waktu ni lah teman-teman belajar manisnya 'khidmat' kepada guru dan majlis ilmu. Malah dek kerana rapatnya dengan guru, selalu berkhidmat, malah ada yang sampai jubah gurupun dia yang tukang khidmat gosok. Kami gelarkan mereka ini Khodim syeikh.
.
Cukuplah dulu. Nanti ada waktu, kita cerita tentang budaya talaqqi di Malaysia pula. Insha Allah. Malaysia pun tak kurang hebatnya.