Isnin, 28 Mac 2016

Anak Muridku

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Seharian ini. Fikiranku kerap terbayang anak-anak muridku. Mereka tak ingat hafalan baru dan hafalan lama. Juz satupun hanya berapa orang yang ingat.

Sebelum ini masalah tasmik. Tapi Alhamdulillah aku rasa sudah dapat tangani masalah tasmik. Dengan kenal pasti pelajar yang lemah dan fleksibelkan rutin tasmik mereka. Cuma tinggal pantau sahaja lagi.

Rasanya dah lama aku tak ambil berat pasal sikap orang. Aku lebih suka buat hal sendiri. TApi disebabkan tugas kali ini. Terpaksa juga aku fikir. Itu yang malas.

Rasanya lebih seronok didik orang yang minat belajar. Sebab kita hanya perlu lorongkan sahaja jalan. Namun bagik yang tidak minat. Kita pula terpaksa tarik dan hambat. Itu yang malas tu.

Aku pasti Insha Allah. Semuanya kerana sikap dan metaliti. Mentaliti hidup untuk periksa memang tak bagus.

Model terbaik adalah seperti Yaman, Mesir dan Pondok. Tapi macam mana aku nak resapkan budaya ini dalam fikiran anak-anak muridku. Alahuakbar... Malasnya !

Ya Allah... Mudahkanlah aku untuk mengatasi situasi ini. Seterusnya berjaya seperti selalu. Allahumma Ameen...

Ahad, 27 Mac 2016

Kerja Baru


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Khamis baru ni. Aku terima jawapan temuduga imamku. Alhamdulillah lulus. Aku diminta lapor diri pada 1 April 2016. Jumaat ni. Beserta penerimaan ini. Aku menerima dokumen agreement. Ada dinyata skop tugas baruku nanti.

Alhamdulillah. Niat dan matlamat aku memohon jawatan imam ini. Sebab nak disiplinkan aku untuk hadir awal ke masjid. Keduanya sebagai peluang nak praktiskan Ilmu Fiqh. Ketiganya sebagai satu dorongan untuk aku lebih kuat menghafaz dan mengulang Alquran.

Aku boleh rasa. Ujiannya mungkin lebih tough sikit dari kerja-kerjaku sebelum ini. Namun aku berserah memohon pertolongan dari Allah. Apa yang aku dapat kata. Aku perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Tidak cepat melatah. Dan banyakkan bersabar.


Kira sekarang. Aku sedang diamanahkan dengan tiga kerja;

1. Guru Tasmik: 8-10pg.
2. Imam            : Setiap waktu. Kecuali Isyak.
3. Guru Alquran: Isnin dan Rabu (9-10.30mlm).

Alhamdulillah. dua kerjaku ini amat seronok. Mudah-mudahan kerja ketigaku ini juga seronok.


Sabtu, 12 Mac 2016

Kitab Melayu Kitab Arab



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



[ Teliti dan Halus; ]

1. Teringat kalam Tok Ayah Wan. Bila rujuk dhobit lama. Rupanya ada juga guru pernah beritahu;
"Zaman dahulu. Alim merujuk kepada Mujtahid. Zaman sekarang. Alim merujuk kepada mereka yang Ingat Masa'il...."

2. Salah satu kelebihan masyarakat nusantara adalah TERPERINCI.

3. Perhatikan sahaja. Apabila berpeluang berurusan di pejabat Arab dengan pejabat kita. Pejabat kita jauh lebih tersusun, bersistem dan teratur. Belum cerita bab sistem online.

4. Mungkin kerana itu. Sedikit sebanyak, ianya juga terlihat pada kitab.

5. Cuba tilik kitab-kitab jawi kita. Perhatikan sahaja Kitab Bughyah Tullah susunan Syeikh Daud Alfathani sebagai contoh. Ketika bicara Bab Jenazah. Juga bab-bab lain. Sangat teliti dan halus pemerhatiannya. Lihat cara musonnif cerita ,susun dan perincikan. Memang menakjubkan.

6. Maka tidak hairanlah. Kitab Kasyifatus Saja susunan Syeikh Nawawi Bentani sering dijadikan rujukan utama Habib Ahmad Almaqdi. Sangat banyak fawaid yang kita boleh dapat.

7. Proud To Be Malay.

Ahad, 6 Mac 2016

PMRAM


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Semalam berbual dengan teman. Yang baru pulang dari Mesir. Banyak yang dicerita tentang Mesir. Termasuklah topik yang selalu kami gosipkan. PMRAM.

Apa sudah jadi kepada PMRAM?

Sebetulnya dia juga tidak pasti. Cuma dikata, PMRAM senyap terus.

1. Bagi saya. Bergantung kepada siapa driver dan penggeraknya. Jika penggeraknya hebat, mungkin PMRAM tengah cool down atau sedang mengusahakan strategi lain. Namun jika penggeraknya lemah, mungkin PMRAM memang betul-betul tengah down. Tapi saya lebih cenderung kepada teori pertama. Sebab saya tahu, daya juang pelajar Alazhar bagaimana.

2. Dari dahulu lagi kami selalu bergosip tentang PMRAM. Semasa masih belajar di Mesir. Walaupun saya bukanlah orang kuat. Namun disebabkan PMRAM yang menjaga kami di Mesir. Jadi, setiap tindak-tanduk kepimpinan PMRAM, juga polisi-polisi PMRAM pasti menjadi modal gosip kami. 

3. Bagi saya. PMRAM adalah suatu persatuan yang sangat gah. Sangat berdikari dan sangat tahan lasak. Mana-mana yang pernah menjadi pimpinan PMRAM pastinya mereka indivisu hebat. Tidak perlu kita pening memikirkan masa depannya selepas habis belajar, bila pulang ke Malaysia. Mereka insan survival. Letak dimana-mana. Insha Allah mereka boleh hidup. Bayangkan individu begini yang memandu PMRAM. Pasti cara pemanduannya sangat memukau bukan?

4. PMRAM berada di tempat yang tepat. Di lubuk. Pembawakan PMRAM yang Islamik. Berada pula di tengah-tengah Ardul Kinanah. Dikelilingi pelajar Alazhar. PMRAM punyai pelapis pimpinan yang sangat ramai.

Namun sebagai bekas pelajar. Saya perhatikan ada beberapa perkara PMRAM perlu perbaiki. PMRAM perlu meneliti saranan saya ini sebaik mungkin. Mungkin ada antaranya merupakan penyumbang kepada dilema yang PMRAM hadapi sekarang.

1. PMRAM TIDAK BOLEH ADA RAMAI MUSUH. PMRAM perlu punyai ramai kawan. Semua musuh patut usaha dijadikan kawan. Kerana jika sifatnya musuh. Musuh akan cuba habis-habisan memusnahkan PMRAM. Namun jika kawan. Mereka akan cuba cari jalan selamatkan PMRAM.

2. JANGAN AJAR SUKA BERKONFRONTASI. Saya tidak nampak keuntungan PMRAM berkonfrontasi dengan ramai pihak. Baik Kedutaan, Atase Negeri, Geng Talaqqi, Kelab UMNO Luar Negara, geng travel, ustaz-ustaz lama mahupun ISMA. PMRAM perlu belajar dan praktiskan lebih banyak skill diplomasi. Belajar ambil hati. Belajar cara menarik rambut di dalam tepung. Punyai hubungan yang mesra namun tidak mengorbankan prinsip. 

3. CUBA LEBIH MEMAHAMI. Geng Talaqqi contohnya. Saya tidak faham kenapa ramai ahli PMRAM jadikan mereka musuh. Walhal, jika PMRAM tangani dengan bijak. PMRAM boleh jadikan Geng Talaqqi sebagai aset buat PMRAM. Saya nampak, masalahnya hanya pada sifat PMRAM yang keras. Usah pedulikan sifat geng talaqqi. Yang kita perlu perhatikan adalah diri kita. Fleksibelkan diri. Jika ada geng talaqqi nak buat program, bantu. Hulurkan tenaga. Beri galakan kepada ahli untuk join. Jangan sengaja pula buat program lain. Sekat ahli dari datang. Semata-mata nak downkan rencana program geng talaqqi. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati bagi geng talaqqi. Maka timbullah huru-hara. Contohi cara Ustaz Nazrul Nasir dan Ustaz Hairul Nizam.

4. PERLU MATANG DAN BIJAK. PMRAM perlukan pimpinan yang matang dan bijak. Yang mampu tangani konflik dengan situasi menang-menang. Khususnya jika melibatkan kedutaan dan atase negeri. Saya tidak boleh terima PMRAM tidak mampu tangani pihak kedutaan dan atase negeri dengan baik. Walhal, kita di perantauan. Yang secara logiknya, PMRAM-KEDUTAAN saling memerlukan. PMRAM perlukan sokongan birokrasi. KEDUTAAN perlukan sokongan pelajar. Lalu inilah peluang untuk memanfaatkan sesi perbincangan. Berbanding pergaduhan. 

5. BELAJAR STREETSMART. PMRAM perlu belajar cara kedai kopi. Cara tepi jalan. Dengan kopi secawan, masalah setel. PMRAM perlu balajar cara menyelesaikan masalah, cara berbincang dan menghadapi konflik. Cara keras, skima dan syadid membuta tuli merugikan PMRAM. Mungkin untuk jangka masa singkat masalah boleh diatasi. Tapi imej PMRAM akan buruk. PMRAM akan dilihat tidak mesra masyarakat. 

6. JAUHKAN DARI DIBAYANGI WATAK ANTAGONIS KERAJAAN. Secara realitinya. PMRAM dilihat terlalu pro-PAS. tidak dinafikan PAS itu sebuah Parti Islam. PMRAM pula dibayangi dengan organisasi yang berteraskan Islam. Sementelah pendokong PMRAM rata-ratanya siswa agama. Maka chemistry pasti wujud. Ini masih okey. Kerana dalam beberapa aspek, PMRAM-PAS punyai pemahaman yang sama. Namun, bukanlah bermakna semua perkara dan setiap waktu PMRAM perlu bakar sumbu pergaduhan dengan Kerajaan Malaysia yang wakilnya kedutaan. Belajar dari Tuan Guru Haji Hadi. Cara ber-siasah. Ada waktu perlu bermesra dan ambil hati kedutaan. Tonjolkan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Bahawa PMRAM adalah persatuan terbaik menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Mesir. Tunjukkan kematangan tahap tinggi PMRAM. Tidak mencampur adukkan sentimen politik dalam kerja kebajikan. Baru tidak dapat tidak. Kerajaan Malaysia akan rasakan PMRAM ini penting.

7. BELAJAR AMBIL HATI. Watak PMRAM yang acapkali kelihatan skima dan syadid. Menyebabkan pelajar makin menjauh. Pelajar di Mesir terdiri dari pelbagai kelompok. Ada geng-geng lama yang matang. Ada remaja yang gila-gila. Ada tokoh pelajar yang kritikal dan ramai lagi. Jadi PMRAM perlu atur strategi untuk pancing hati mereka. Melalui aktiviti, kerjasama, penghargaan, pengiktirafan, perlantikan dan selainnya. Jadikan mereka sebahagian dari PMRAM. Jangan jadikan PMRAM hanya milik USTAZ/AH SKIMA.Jadikan  PMRAM persatuan Universal. persatuan yang sesuai dan termesra buat semua rakyat Malaysia di Mesir.

8. IMEJ HALATUJU PMRAM. Imej PMRAM mestilah nampak realistik, logik, jelas dan mampu menambat hati pelajar Malaysia secara umum. Saya fikir. BIAH SOLEHAH atau PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM boleh di-upkan. Sebagai imej utama PMRAM. Baru jelas siapa PMRAM. Dan barulah kewujudan PMRAM dapat dirasakan relevan bagi pelajar Malaysia. Imej ini perlu diulang-ulang. Jangan jadikan kecenderungan politik menenggelamkan imej ini. 

9. JANGAN HENTAM ALAZHAR. Tidak dinafikan. Serangan demi serangan oleh pelajar terhadap PMRAM semenjak dua ini juga ada kaitan dengan kecaman tokoh-tokoh dan mantan pimpinan PMRAM terhadap Syeikh Ali Jum'ah dan Alazhar. Elakkan terjebak di dalam polemik ini. Kita lihat golongan yang menyerang balik PMRAM bukanlah calang-calang orang. Ada kalangannya yang tinggi ilmu. Jadi kalau menang berhujjah pun, PMRAM akan jadi abu.

PMRAM perlu di Re-branding. 

Tukar Imej. Tukar pendekatan. Rangka strategi baru. Perhati setiap sudut dan mad'u. Kurangkan musuh. Ramaikan kawan. Fleksibel dengan persekitaran. Insha Allah PMRAM akan kembali semula gah di mata persatuan-persatuan pelajar Malaysia seluruh dunia.


Sabtu, 5 Mac 2016

Ketegaq Silat Goreng Pagi Ahad


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Entahlah. Biasanya kita malas nak fikir. Jauh sekali nak masuk campur. Tapi kadangkala bila diasak kuat. Terfikir juga. Cepat-cepat abaikan. Diasak lagi. Abaikan. Diasak lagi. Tulis status facebook nak nyata pendirian... hehehe,


1. Satu sudut. Suka tengok semangat masyarakat nak tahu hukum hakam. Kaji secara mendalam. Itu petanda. Diri ada rasa hormat terhadap Syariat. Petanda. Tindakannya digarisi akal rasional. Sebab kaji dahulu hitam putih atau fakta sebelum lontar.

2. Tapi yang malas nak cara. Bila terlajak syadid. Bukan maksud saya ihtiyat. Tapi macam rasakan yang ia pegang sahaja betul. Orang lain salah. Dan wajib ikut kehendaknya.

3. Tidak kisah jika kita ulama atau pakar bidang. Tapi kalau kita pun tidak pernah menekuni bidang ini. Tidak punyai guru. Sekadar membaca dari buku yang dibeli di Kedai 1Malaysia, dengar orang biasa bagitahu, Search Google, tengok keratan youtube. Serius berat nanang.

4. Kemudian dengan bekal dari itu semua. Boleh pula bawa ke tengah awam. salahkan orang tu pertikai orang ni. Jaja ianya sebagai satu kesalahan. Aduss. Kalau bertanya atau inginkan kepastian tahan lagi.

5. Tak payahlah. Cukuplah. Dunia ilmu ni sangat luas. Mazhab pendidikan pun pelbagai. Ada Ribat Hadramaut, Pondok Patani, Ruwaq Mesir. Kalau dengar setiap isi perbincangan dalam setiap sistem itupun. Kita akan dapati terlalu banyak perbezaan. Dunia Ilmu ni sangat luas sedara. Inikan pula Malaysia. Tempat semua mazhab pendidikan berkumpul. Semua goreng sekali. Lagilah banyak perbezaan kita boleh jumpa.

6. Baik belajar-belajar pegang kitab khusus. Yang boleh kita rujuk bila ada masalah. Belajar kitab tu dari muka surat 1 sampai akhir tanpa langkau. Cari guru yang memang ahli sungguh lagi punyai sanad untuk mengajar. Cari tempat yang ada buka pengajian talaqqi. Duduk situ dan dengar orang berkitab. Lagi bermanafaat dan selamat.

7. Mulalah dari bawah dulu. Dari Mazhab Syafie. Akidah Asyairah dan Almaturidi. Nanti kalau dah sampai alim, boleh kuasai Alquran Hadis. Terpulanglah nak buat apa.

8. Hidup kita ini pendek je. Jangan sia-siakannya. Kalau sibuk nak pertikai orang. Sampai bila. Kita alim pun tidak. Bazir masa. Belum tentu lagi kita betul.

9. Lagi satu. Kalau tak tahu. Kita kena mengaku tak tahu. Jangan ajar diri mudah-mudah bagi fatwa. ORANG TAHU KITA TENGAH GORENG ! Dah rentung pun masih nak goreng.

Yang Benar;

Insan Goreng

Khamis, 3 Mac 2016

Ambil Mood dari Cerita



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Okey. Biasanya waktu begini. Aku tonton leverage. Tapi baru tadi, aku dah khatamkan buat kali ke-2. Season 5. Aku perlukan lagi cerita-cerita seumpama ini. Untuk berikan aku mood.

Kalau di Mesir dahulu. Mudah untuk aku dapatkan bekalan cerita. Tetapi sekarang sukar. Akan aku cuba hubungi Abrar Insha Allah. Mana tau Abrar ada bawa balik stock cerita.

Aku berharap dapat tonton Prison Brake lagi sekali. Berbeza kalau kita tonton kali ke-2. Banyak juga benda baru kita dapat.

Cerita omputeh memang tidak dapat lari dari benda tak elok. Jadi untuk itu aku akan cepat skip. Aku hanya perlukan mood mastermind, cara fikir, seni pergaulan dan selami budaya mereka. Leverage contohnya. Sangat best bagi aku. Cara memahami dan maksimumkan potensi setiap orang. Melalui penelitian terhadap bakat mereka. Maka anda boleh belajar dari Leverage.

Prison Brake pula. Anda boleh belajar tentang ketelitian membaca sesuatu. Semakin dalam penelitian anda. Semakin banyak perkara anda boleh baca. Anda boleh faham A-Z sesuatu perkara. Hanya dengan melihat petanda-petanda sekelililng. Sebab itu aku nak sangat mencari balik cerita Prison Brake ni.

Kalau ada cerita-cerita bermanafaat yang korang ada dan cadangkan pada aku. Boleh pm ke Facebook aku. Aku sangat-sangat menghargainya. Khususnya cerita 'bijak-bijak'.