Ahad, 6 Mac 2016

PMRAM


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Semalam berbual dengan teman. Yang baru pulang dari Mesir. Banyak yang dicerita tentang Mesir. Termasuklah topik yang selalu kami gosipkan. PMRAM.

Apa sudah jadi kepada PMRAM?

Sebetulnya dia juga tidak pasti. Cuma dikata, PMRAM senyap terus.

1. Bagi saya. Bergantung kepada siapa driver dan penggeraknya. Jika penggeraknya hebat, mungkin PMRAM tengah cool down atau sedang mengusahakan strategi lain. Namun jika penggeraknya lemah, mungkin PMRAM memang betul-betul tengah down. Tapi saya lebih cenderung kepada teori pertama. Sebab saya tahu, daya juang pelajar Alazhar bagaimana.

2. Dari dahulu lagi kami selalu bergosip tentang PMRAM. Semasa masih belajar di Mesir. Walaupun saya bukanlah orang kuat. Namun disebabkan PMRAM yang menjaga kami di Mesir. Jadi, setiap tindak-tanduk kepimpinan PMRAM, juga polisi-polisi PMRAM pasti menjadi modal gosip kami. 

3. Bagi saya. PMRAM adalah suatu persatuan yang sangat gah. Sangat berdikari dan sangat tahan lasak. Mana-mana yang pernah menjadi pimpinan PMRAM pastinya mereka indivisu hebat. Tidak perlu kita pening memikirkan masa depannya selepas habis belajar, bila pulang ke Malaysia. Mereka insan survival. Letak dimana-mana. Insha Allah mereka boleh hidup. Bayangkan individu begini yang memandu PMRAM. Pasti cara pemanduannya sangat memukau bukan?

4. PMRAM berada di tempat yang tepat. Di lubuk. Pembawakan PMRAM yang Islamik. Berada pula di tengah-tengah Ardul Kinanah. Dikelilingi pelajar Alazhar. PMRAM punyai pelapis pimpinan yang sangat ramai.

Namun sebagai bekas pelajar. Saya perhatikan ada beberapa perkara PMRAM perlu perbaiki. PMRAM perlu meneliti saranan saya ini sebaik mungkin. Mungkin ada antaranya merupakan penyumbang kepada dilema yang PMRAM hadapi sekarang.

1. PMRAM TIDAK BOLEH ADA RAMAI MUSUH. PMRAM perlu punyai ramai kawan. Semua musuh patut usaha dijadikan kawan. Kerana jika sifatnya musuh. Musuh akan cuba habis-habisan memusnahkan PMRAM. Namun jika kawan. Mereka akan cuba cari jalan selamatkan PMRAM.

2. JANGAN AJAR SUKA BERKONFRONTASI. Saya tidak nampak keuntungan PMRAM berkonfrontasi dengan ramai pihak. Baik Kedutaan, Atase Negeri, Geng Talaqqi, Kelab UMNO Luar Negara, geng travel, ustaz-ustaz lama mahupun ISMA. PMRAM perlu belajar dan praktiskan lebih banyak skill diplomasi. Belajar ambil hati. Belajar cara menarik rambut di dalam tepung. Punyai hubungan yang mesra namun tidak mengorbankan prinsip. 

3. CUBA LEBIH MEMAHAMI. Geng Talaqqi contohnya. Saya tidak faham kenapa ramai ahli PMRAM jadikan mereka musuh. Walhal, jika PMRAM tangani dengan bijak. PMRAM boleh jadikan Geng Talaqqi sebagai aset buat PMRAM. Saya nampak, masalahnya hanya pada sifat PMRAM yang keras. Usah pedulikan sifat geng talaqqi. Yang kita perlu perhatikan adalah diri kita. Fleksibelkan diri. Jika ada geng talaqqi nak buat program, bantu. Hulurkan tenaga. Beri galakan kepada ahli untuk join. Jangan sengaja pula buat program lain. Sekat ahli dari datang. Semata-mata nak downkan rencana program geng talaqqi. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati bagi geng talaqqi. Maka timbullah huru-hara. Contohi cara Ustaz Nazrul Nasir dan Ustaz Hairul Nizam.

4. PERLU MATANG DAN BIJAK. PMRAM perlukan pimpinan yang matang dan bijak. Yang mampu tangani konflik dengan situasi menang-menang. Khususnya jika melibatkan kedutaan dan atase negeri. Saya tidak boleh terima PMRAM tidak mampu tangani pihak kedutaan dan atase negeri dengan baik. Walhal, kita di perantauan. Yang secara logiknya, PMRAM-KEDUTAAN saling memerlukan. PMRAM perlukan sokongan birokrasi. KEDUTAAN perlukan sokongan pelajar. Lalu inilah peluang untuk memanfaatkan sesi perbincangan. Berbanding pergaduhan. 

5. BELAJAR STREETSMART. PMRAM perlu belajar cara kedai kopi. Cara tepi jalan. Dengan kopi secawan, masalah setel. PMRAM perlu balajar cara menyelesaikan masalah, cara berbincang dan menghadapi konflik. Cara keras, skima dan syadid membuta tuli merugikan PMRAM. Mungkin untuk jangka masa singkat masalah boleh diatasi. Tapi imej PMRAM akan buruk. PMRAM akan dilihat tidak mesra masyarakat. 

6. JAUHKAN DARI DIBAYANGI WATAK ANTAGONIS KERAJAAN. Secara realitinya. PMRAM dilihat terlalu pro-PAS. tidak dinafikan PAS itu sebuah Parti Islam. PMRAM pula dibayangi dengan organisasi yang berteraskan Islam. Sementelah pendokong PMRAM rata-ratanya siswa agama. Maka chemistry pasti wujud. Ini masih okey. Kerana dalam beberapa aspek, PMRAM-PAS punyai pemahaman yang sama. Namun, bukanlah bermakna semua perkara dan setiap waktu PMRAM perlu bakar sumbu pergaduhan dengan Kerajaan Malaysia yang wakilnya kedutaan. Belajar dari Tuan Guru Haji Hadi. Cara ber-siasah. Ada waktu perlu bermesra dan ambil hati kedutaan. Tonjolkan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Bahawa PMRAM adalah persatuan terbaik menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Mesir. Tunjukkan kematangan tahap tinggi PMRAM. Tidak mencampur adukkan sentimen politik dalam kerja kebajikan. Baru tidak dapat tidak. Kerajaan Malaysia akan rasakan PMRAM ini penting.

7. BELAJAR AMBIL HATI. Watak PMRAM yang acapkali kelihatan skima dan syadid. Menyebabkan pelajar makin menjauh. Pelajar di Mesir terdiri dari pelbagai kelompok. Ada geng-geng lama yang matang. Ada remaja yang gila-gila. Ada tokoh pelajar yang kritikal dan ramai lagi. Jadi PMRAM perlu atur strategi untuk pancing hati mereka. Melalui aktiviti, kerjasama, penghargaan, pengiktirafan, perlantikan dan selainnya. Jadikan mereka sebahagian dari PMRAM. Jangan jadikan PMRAM hanya milik USTAZ/AH SKIMA.Jadikan  PMRAM persatuan Universal. persatuan yang sesuai dan termesra buat semua rakyat Malaysia di Mesir.

8. IMEJ HALATUJU PMRAM. Imej PMRAM mestilah nampak realistik, logik, jelas dan mampu menambat hati pelajar Malaysia secara umum. Saya fikir. BIAH SOLEHAH atau PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM boleh di-upkan. Sebagai imej utama PMRAM. Baru jelas siapa PMRAM. Dan barulah kewujudan PMRAM dapat dirasakan relevan bagi pelajar Malaysia. Imej ini perlu diulang-ulang. Jangan jadikan kecenderungan politik menenggelamkan imej ini. 

9. JANGAN HENTAM ALAZHAR. Tidak dinafikan. Serangan demi serangan oleh pelajar terhadap PMRAM semenjak dua ini juga ada kaitan dengan kecaman tokoh-tokoh dan mantan pimpinan PMRAM terhadap Syeikh Ali Jum'ah dan Alazhar. Elakkan terjebak di dalam polemik ini. Kita lihat golongan yang menyerang balik PMRAM bukanlah calang-calang orang. Ada kalangannya yang tinggi ilmu. Jadi kalau menang berhujjah pun, PMRAM akan jadi abu.

PMRAM perlu di Re-branding. 

Tukar Imej. Tukar pendekatan. Rangka strategi baru. Perhati setiap sudut dan mad'u. Kurangkan musuh. Ramaikan kawan. Fleksibel dengan persekitaran. Insha Allah PMRAM akan kembali semula gah di mata persatuan-persatuan pelajar Malaysia seluruh dunia.