بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Khamis baru ni. Aku terima jawapan temuduga imamku. Alhamdulillah lulus. Aku diminta lapor diri pada 1 April 2016. Jumaat ni. Beserta penerimaan ini. Aku menerima dokumen agreement. Ada dinyata skop tugas baruku nanti.
Alhamdulillah. Niat dan matlamat aku memohon jawatan imam ini. Sebab nak disiplinkan aku untuk hadir awal ke masjid. Keduanya sebagai peluang nak praktiskan Ilmu Fiqh. Ketiganya sebagai satu dorongan untuk aku lebih kuat menghafaz dan mengulang Alquran.
Aku boleh rasa. Ujiannya mungkin lebih tough sikit dari kerja-kerjaku sebelum ini. Namun aku berserah memohon pertolongan dari Allah. Apa yang aku dapat kata. Aku perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Tidak cepat melatah. Dan banyakkan bersabar.
Kira sekarang. Aku sedang diamanahkan dengan tiga kerja;
1. Guru Tasmik: 8-10pg.
2. Imam : Setiap waktu. Kecuali Isyak.
3. Guru Alquran: Isnin dan Rabu (9-10.30mlm).
Alhamdulillah. dua kerjaku ini amat seronok. Mudah-mudahan kerja ketigaku ini juga seronok.